Harian Metro

BABY HOLLY MASIH HIDUP

Wanita hilang ketika bayi ditemukan semula dengan keluarga

-

Seorang wanita yang hilang ketika bayi apabila ibu bapanya dibunuh di Texas, Amerika Syarikat pada 1980 ditemukan masih hidup selepas lebih 40 tahun tragedi itu berlaku.

Wanita yang dikenali sebagai Baby Holly itu hilang selepas ibu bapanya, Tina Gail Linn Clouse dan Harold Dean Clouse Jr ditemukan terbunuh di kawasan hutan di Houston.

Menurut pegawai, wanita berusia 42 tahun yang masih dipanggil Holly dikenal pasti menggunaka­n ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA), sebelum disatukan semula dengan keluargany­a.

Penyiasat menemui Holly yang menjadi anak angkat suami isteri di tempat kerjanya awal minggu ini.

Dia diberitahu identitiny­a sebelum beberapa jam bertemu dengan nenek kandungnya serta ibu dan bapa saudaranya menerusi Zoom.

Nenek kandung Holly, Donna Casasanta berkata, dia terharu mengetahui cucunya masih hidup dan tinggal di Oklahoma.

“Saya berdoa selama lebih 40 tahun untuk sebuah jawapan dan Tuhan mendedahka­n sebahagian daripadany­a... kami menemui Holly,” katanya kepada The Independen­t.

Penemuan Holly diumumkan Pejabat Peguam Negara Texas, Khamis lalu.

Peguam negara, Ken Paxton berkata, dia penemuan Holly satu kejayaan hasil kerja keras pasukannya.

“Saya amat berbangga dengan kerja luar biasa yang dilakukan Unit Orang Hilang dan Kes Beku yang baru ditubuhkan di pejabat saya.

“Pejabat saya dengan tekun bekerja keras merentasi negeri untuk membongkar misteri kehilangan Holly.

“Kami berjaya dalam usaha mencari dia dan menyatukan dia dengan keluarga kandungnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada penjelasan mengenai sebab Holly terselamat atau bagaimana dia diambil menjadi anak angkat kepada satu pasangan lain.

Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Dieksploit­asi dan Hilang menzahirka­n penghargaa­n kepada penguat kuasa undang-undang atas usaha mereka dalam menyelesai­kan misteri identiti Holly.

 ?? ?? GAMBAR Holly semasa kecil bersama ibu bapanya. - Agensi
HOLLY memegang foto ibu bapanya. - Gambar Pejabat Peguam Negara Texas
GAMBAR Holly semasa kecil bersama ibu bapanya. - Agensi HOLLY memegang foto ibu bapanya. - Gambar Pejabat Peguam Negara Texas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia