Harian Metro

Mengemis untuk tuntut mayat anak

-

New Delhi: Sungguh memilukan apabila suami isteri di India terpaksa meminta sedekah untuk menuntut mayat anak lelaki mereka di sebuah hospital.

Video pasangan itu meminta wang daripada penduduk, tular dan menimbulka­n kemarahan ramai.

Video itu dirakam di bandar Samastipur di utara Bihar menunjukka­n lelaki dan wanita warga emas itu pergi dari rumah ke rumah, meminta ihsan bantuan orang ramai.

Mahesh Thakur dan isterinya memberitah­u agensi berita ANI, anak lelaki mereka hilang beberapa hari lalu.

Dia menerima panggilan memaklumka­n anak mereka meninggal dunia dan mayatnya berada di Hospital Sadar di bandar itu.

Pasangan itu berkata, mereka terpaksa mengemis selepas seorang kakitangan hospital meminta wang dalam nilai besar untuk menuntut mayat anak.

“Apabila saya ke hospital, seorang kakitangan memberitah­u mereka akan membenarka­n mayat itu dituntut hanya jika kami membayar 50,000 rupee (RM2,815.38) sebagai rasuah.

“Kami orang miskin, mana kami mampu membayar nilai ini?,” katanya.

Pakar bedah awam hospital terbabit, SK Chaudhary berkata, pihaknya sedang menyiasat dan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan terbabit. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia