Harian Metro

HARAPAN KEISYA

Mahu single Tak Ingin Usai buka banyak ruang berkarya di industri muzik Indonesia

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas hampir dua tahun tidak mengeluark­an karya terbaharu, kali ini penyanyi muda dan berbakat Keisya Levronka kembali melancarka­n single berjudul Tak Ingin Usai di bawah syarikat rakaman Universal Music Indonesia.

Lagu ini menjadi single keempat Keisya selepas Jadi Kekasihku

Saja pada Julai 2020, Tergesa (September 2020) dan Lagu Untuk Hari

Ini (November 2020).

Boleh dikatakan Keisya adalah penyanyi muda yang produktif dalam menghasilk­an karya.

Menurut Keisya, 19, lagu Tak Ingin Usai bercerita mengenai hubungan percintaan yang tidak boleh dipaksa sehingga perlu berpisah walaupun perkara itu berat untuk dilakukan.

“Kalau dari pandangan saya, lagu ini menceritak­an mengenai hubungan yang diselesaik­an satu pihak kerana perkara yang tidak boleh dipaksa, sehingga pihak lainnya gagal untuk meneruskan kehidupan, hancur, menangis, tapi berusaha menerima dan ikhlas. Namun, tetap berharap suatu hari nanti bakal dipertemuk­an lagi,” katanya.

Sesuatu yang istimewa mengenai single ini, Keisya yang pernah menyertai program realiti Indonesian Idol

2019 berganding dengan penyanyi, sekali gus pencipta lagu berbakat yang meningkat naik, Mario G Klau dan Tohpati sebagai penerbitny­a.

Hasilnya, lagu yang bertemakan percintaan ini sangat menarik dengan tema pop ballad yang sendu, namun sangat menyentuh dengan liriknya.

“Sementara untuk proses produksiny­a juga tidak memakan waktu lama. Semuanya baik dari pemilihan lagu hingga proses rakaman lagu berjalan dengan cukup cepat. Dari perjumpaan untuk pemilihan lagunya hingga sesi rakaman sebenarnya tidak lama. Walaupun rakaman pernah tertunda dua bulan kerana saya sakit, tapi selepas itu kami teruskan dengan cepat dan selesai.

“Selepas saya mendengar lagu ini, saya terus jatuh cinta dan rupanya pencipta lagu ini ialah Mario. Sejujurnya, kami belum pernah berjumpa sampai sekarang, saya ingin bertemu dengannya, saya

Walaupun rakaman pernah tertunda dua bulan kerana saya sakit, tapi selepas itu kami teruskan dengan cepat dan selesai KEISYA

peminat lagu ciptaannya,” katanya.

Tidak hanya dalam bentuk audio, single ini juga bakal dilancarka­n dalam bentuk muzik video yang juga dikeluarka­n dalam waktu sama.

Bagi konsep muzik video, menurut Keisya ia sangat estetik dan mencabar serta mampu menggambar­kan keseluruha­n cerita dalam lagunya.

“Konsep videonya bagus dan sangat estetik. Saya berasakan konsepnya berkait rapat dengan diri saya. Jadi, seharian dari pagi sampai petang kami menjalani penggambar­an di pantai Kota Banten, Pengalaman yang sangat seronok. Cabarannya kerana ada yang naik tebing tinggi, berendam di pantai sambil ‘lip sync’. Apa apa pun sangat seronok dan mesti tengok,” katanya.

Dalam masa sama, Keisya berharap single Tak Ingin Usai membuka lebih banyak ruang dan peluang buat dirinya untuk terus berkarya di industri muzik Indonesia.

“Harapan saya, semoga apa yang saya sayangi boleh anda semua sayangi juga, boleh menjadi peneman untuk anda nangis. ‘It’s okay not to be okay guys’, jangan memaksa diri sendiri untuk tahan nangis, tahan diri untuk menjadi kuat di depan orang, anda semua tidak akan boleh melawan perasaan diri sendiri. Jadi, kalau sedih mesti dirasakan, sambil ditemani Tak Ingin Usai ini,” katanya.

 ?? ?? KEISYA harap magis lagu Tak Ingin Usai.
KEISYA harap magis lagu Tak Ingin Usai.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia