Harian Metro

ENAM TERBAHARU

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Separuh kedua tahun ini dimulakan dengan pengenalan enam motosikal baharu daripada Ducati ke pasaran Malaysia.

Tiga daripadany­a ialah model V2 iaitu Streetfigh­ter V2, Multistrad­a V2S dan Panigale V2 Bayliss (model ulang tahun kedua kejuaraan pertama).

Tiga model lain ialah Streetfigh­ter V4 SP, Scrambler Urban Motard dan Scrambler 1100 Tribute Pro. Ia menawarkan tambahan pilihan yang menarik untuk peminat jenama ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur baru-baru ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,

Kumpulan Automotif, Naza Corporatio­n Holdings Datuk Nik Hamdam Nik Hassan, Ketua Next Bike (Ducati Malaysia) Dennis Michael dan Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia Pasifik Marco Biondi.

Streetfigh­ter V2

Model Streetfigh­ter V2 Serba Baharu ini datang dengan rekaan agresif, sesuai buat tunggangan jalan raya atau litar.

Ia direka dengan elemen lebih kompak dengan permukaan tangki bahan api lebih kemas.

Rekaan lampu hadapan minimalis seakan-akan model Streetfigh­ter V4, ia diserlahka­n dengan bentuk lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk V sebagai ciri signatur. Ia juga terdapat pada Panigale dan SuperSport.

Motosikal ini dijana enjin 955 90Ω V2 Superquadr­o. Ia menjana 153 kuasa kuda (hp) dan 101.4Nm tork dan dilengkapi teknologi penukar gear pantas Ducati.

Ciri-ciri lain ialah fork Showa Big Piston Fork (BPF) 43 milimeter (mm), suspensi belakang boleh laras, brek cakera dan angkup Brembo dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) EVO selekoh Bosch.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM101,900.

Multistrad­a V2S

Ducati Multistara­da V2S ini ialah motosikal dalam segmen pengembara­an.

Sebagai model sports urban dan penjelajah­an dengan ciri premium, jentera ini memberi keselesaan kepada penunggang untuk tunggangan harian atau jarak jauh.

Dijana enjin baharu

937cc, Testastret­ta11˚, L-Twin cylinder yang lebih ringan, ia menjana 113hp dan tork 96Nm.

Secara keseluruha­n, ia lima kilogram lebih ringan daripada generasi terdahulu.

Ciri lain, ia datang dengan lengan hayun aluminium dua bahagian, rim dan cermin sisi seakan-akan model Multistard­a V4, pelindung enjin rekaan baharu, lampu brek dan pelindung enjin.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM105,900.

Panigale V2 Bayliss

Edisi ini direka untuk menghargai pelumba,

Troy Bliss dan ulang tahun kejuaraan pertama Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) yang ke-20.

Ia dilengkapi casis komponen Ohlins dan kemasan perekat khas diinspiras­ikan daripada model Ducati 996 R SBK

2001 yang digunakan oleh Bayliss.

Ia juga datang dengan gabungan warna putih dan merah Ducati pada fairing sisi, nombor perlumbaan

#21 dan elemen seperti tandatanga­n pada tangki bahan api.

Motosikal ini juga dilengkapi dengan kemasan perlumbaan lain seperti damper steering boleh laras Ohlins, penutup silencer gentian karbon dan titanium dan bateri lithium-ion.

Ia dijual pada harga RM136,900.

Bagi Streetfigh­ter V4

SP, ia adalah jentera naked 1,103cc terpantas yang menjana 208hp dan tork 123Nm. Ia dijual pada harga RM239,900.

Ducati Scrambler Urban Motard pula disasarkan untuk jentera gaya hidup bagi kegunaan seharian dengan gaya klasik sporty. Ia dijana enjin 803cc L-Twin yang menjana

73hp dan tork 66.2Nm.

Jentera ini dijual pada harga RM68,900.

Scrambler 1100 Tribute Pro pula datang dengan kemasan corak gaya jentera ikonik Ducati tahun 70-an serta ulang tahun ke-50.

Ia memiliki tiga mod tunggangan iaitu Active, Journey dan City. Ia dijual pada harga RM85,900.

(Semua harga dinyatakan adalah atas jalan tanpa insurans).

 ?? ?? PANIGALE V2 Bayliss.
MULTISTRAD­A.
PANIGALE V2 Bayliss. MULTISTRAD­A.
 ?? ?? SCRAMBLER 1100 Tribute Pro.
SCRAMBLER 1100 Tribute Pro.
 ?? ?? SCRAMBLER Urban Motard.
SCRAMBLER Urban Motard.
 ?? ?? STREETFIGH­TER V2.
STREETFIGH­TER V2.
 ?? ?? STREETFIGH­TER V4 SP.
STREETFIGH­TER V4 SP.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia