Harian Metro

TERBESAR DI MALAYSIA

Carsome PJ Automall tawar pusat sehenti kereta pramilik

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Dimulakan pada 2020, platform e-dagang jual beli kenderaan pramilik, Carsome, tampil berbeza dengan konsep perniagaan 'cara baharu membeli kereta'.

Justeru, pembelian kenderaan terpakai secara atas talian kini semakin mudah dan lebih dipercayai menerusi pelancaran Carsome PJ Automall yang berkeluasa­n lebih 100,000 kaki persegi.

Ia dirasmikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini.

Pusat ini juga mampu memuatkan 200 kereta dalam satu masa daripada lebih 1,600 kereta yang terdapat dalam senarai simpanan syarikat itu dari 10 lokasi cawangan lain.

Pusat pameran terbesar di Malaysia untuk jenama itu juga adalah yang pertama dilengkapi stesen pengecas kenderaan elektrik.

Lokasi yang strategik di tepi Lebuhraya Persekutua­n itu turut menawarkan proses melihat, memilih dan memandu uji kereta yang diingini selain kemudahan pembiayaan kewangan yang boleh dipohon dengan kelulusan segera.

Pengasas Bersama dan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome Eric Cheng berkata, Carsome PJ Automall menyasarka­n kemudahan di bawah satu bumbung ketika pelanggan melakukan pembelian.

“Ia adalah kesinambun­gan penawaran atas talian dan bukan sekadar ruang pameran, malah sebagai pusat gaya hidup dengan segala urusan dan keperluan dikendalik­an oleh pekerja yang berdedikas­i,” katanya.

Ia juga menyediaka­n fleksibili­ti kepada pelanggan untuk memilih kereta Carsome Certified daripada laman web Carsome sebelum mengatur pandu uji di pusat Carsome terdekat.

Untuk memenuhi permintaan kereta terpakai yang kian meningkat, mereka juga mempunyai rakan kongsi perbankan seperti MaByUbTaAn­NkGfduanng­sPiduebnlg­iacn

Bank, selain rakan kongsi perincian dan pemasangan lapisan cermin gelap kereta iaitu Ecotint dan Glass Auto juga disediakan.

Carsome juga meneroka peluang perkongsia­n baharu dengan jenama daripada pelbagai industri sebagai usaha berterusan syarikat untuk menangani masalah yang dihadapi pelanggan dan memberikan pengalaman berbeza.

Sempena pelancaran, juga diadakan acara

Shop and Dine Carsome

pada 10 dan 11 Jun lalu dengan pelbagai aktiviti dan peluang hadiah bernilai sehingga RM12,000.

Pelanggan yang berjaya membeli kereta Carsome Certified ketika acara berlangsun­g berpeluang menikmati naik taraf Waranti Platinum percuma bernilai sehingga RM1,500, cermin gelap dan eWallet Touch 'n Go.

 ?? ?? RUANG pameran Carsome terbesar di Malaysia.
RUANG pameran Carsome terbesar di Malaysia.
 ?? ?? DIRASMIKAN oleh Amirudin (tengah).
DIRASMIKAN oleh Amirudin (tengah).
 ?? ?? BOLEH memuatkan sehingga 200 kereta.
BOLEH memuatkan sehingga 200 kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia