Harian Metro

Servis percuma lima tahun Peugeot

-

Perkhidmat­an selepas jualan adalah perkara utama yang perlu dipertimba­ngkan dalam pemilihan untuk pembelian kereta baharu.

Kemudahan pusat lokasi servis dan kos alat ganti juga antara yang perlu diambil kira selain ketahanan dan prestasi sesuatu kenderaan itu.

Satu daripada jenama yang menawarkan tambahan tahun servis percuma di negara ini ialah Peugeot yang kini di bawah pengedar utamanya, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB).

Buat pembeli baharu model Peugeot di Malaysia, ia kini didatangka­n dengan lima tahun jaminan pengeluar serta penyelengg­araan percuma.

Ia meliputi model kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 2008, 3008 serta 5008 dan untuk penyelengg­araan percuma, ia termasuk dengan kos tenaga kerja, alat ganti dan minyak pelincir.

Sebelum ini, ia ditawarkan dengan tiga tahun penyelengg­araan percuma atau 60,000km atau yang mana lebih dahulu.

Sebagai pengedar utama Peugeot di negara ini, BAASB komited dalam meningkatk­an pengalaman pemilikan kepada pengguna.

Ia juga memberikan kelegaan minda buat mereka yang ingin membeli dan memiliki rangkaian model yang memenangi pelbagai anugerah itu.

Untuk pemilik Peugeot, boleh layari customer. peugeot.com.my untuk tempahan janji temu servis secara atas talian, pemeriksaa­n butiran kenderaan, maklumat jaminan dan lokasi pusat servis berhampira­n.

Pemilik sedia ada Peugeot juga digalakkan untuk mengemas kini maklumat peribadi dan semua butiran akan disimpan dan dilindungi selari dengan Akta Perlindung­an Data Peribadi (PDPA).

Untuk pasaran Malaysia, Peugeot

2008 dijual pada harga RM126,753, Peugeot 3008 dijual pada harga RM161,616 dan Peugeot 5008 pada harga RM177,311 (semua harga atas jalan tanpa insurans dan cukai jualan) yang semuanya dengan satu varian iaitu Allure.

 ?? ?? MODEL SUV Peugeot di Malaysia.
MODEL SUV Peugeot di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia