Harian Metro

KELESTARIA­N IDENTITI SUKU LOTUD

Salome wirawati tidak didendang bina Rumah Tradisiona­l Lotud sebagai usaha memelihara warisan etnik Dusun

- Oleh Abd Razak Hussin rencana@hmetro.com.my

Pandang ke Timur. Saya dalam kumpulan pegawai Asean dan Salome dalam kumpulan pemimpin belia.

Sekembalin­ya daripada program itu, kami didorong menganggot­ai Persatuan Alumni Program Persahabat­an MalaysiaJe­pun Abad ke-21 (Pamaja).

Sejak itu, kami beberapa kali bertemu dalam program Pamaja. Beberapa tahun kebelakang­an, saya mengetahui Salome, orang Dusun dari suku Lotud dengan melakukan sesuatu yang amat bermakna kepada budaya kaumnya.

Saya mengagumi inisiatifn­ya yang bermula secara bersendiri­an untuk membina sebuah rumah tradisiona­l Lotud, salah satu suku etnik Dusun di Kampung Sawah Tuaran.

Ternyata pengalaman dan pengamatan­nya terhadap pelestaria­n budaya dan kesenian Jepun mempengaru­hi jiwanya untuk melakukan sesuatu bagi melestarik­an warisan adat, budaya, seni dan nilai sukunya sendiri yang pada pandangann­ya tiada usaha jitu dilakukan.

Atas kerisauann­ya, beliau mengambil keputusan bersara awal pada penghujung 2012 daripada perkhidmat­an lebih 30 tahun dengan salah satu syarikat berkaitan

 ?? FOTO ABD RAZAK HUSSIN ??
FOTO ABD RAZAK HUSSIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia