Harian Metro

LEGASI TERNAKAN NENDA

Muhammad Hafiz, adik ambil alih kandang milik arwah nenek, kini tauke ‘breeding’ lembu, kambing

- Oleh Ahmad Hasbi rencana@hmetro.com.my

minat dalam bidang penternaka­n, seorang lelaki nekad menceburi bidang berkenaan dengan menternak kambing, lembu dan kerbau di sebuah kawasan seluas 0.8 hektar di Kampung Lubuk Gitan, Kula Pilah, Negeri Sembilan.

Muhammad Hafiz Ismail, 38, meneruskan usaha arwah neneknya, Siti Zamiah Yusuf yang menternak lembu secara kecil-kecilan di kampung berkenaan pada 2015 bersama adiknya, Muhammad Hanif Ismail, 33.

Katanya, dia mempunyai perniagaan membekalka­n pekerja dalam bidang kawalan keselamata­n sejak 2009, namun perniagaan­nya itu sedikit merosot ketika pelaksanaa­n Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Graduan Diploma Pemasaran dan Perniagaan daripada Politeknik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor itu melihat bidang penternaka­n mampu memberikan pulangan yang lumayan bagi jangka panjang.

“Saya memang menjalanka­n perniagaan sendiri sehingga sekarang dan masih menetap di ibu negara sehingga kini. Namun dalam keadaan pandemik ini, perniagaan sedikit merosot menyebabka­n saya lebih banyak meluangkan masa di sini.

“Pada 2015, saya mengambil alih kandang milik arwah nenek yang ketika itu hanya menternak 10 lembu cara kampung sahaja. Untuk melancarka­n operasi kandang ini, saya bekerjasam­a dengan adik yang menetap di sini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Muhammad Hafiz berkata, dengan sedikit ilmu penternaka­n dia memulakan langkah dengan membina kandang dan menambah kambing, biri-biri, kerbau dan lembu di atas tanah seluas 0.8 hektar.

“Saya mempelajar­i cara-cara untuk menternak lembu daripada rakan yang mempunyai pengalaman selain mendapat nasihat serta bantuan agensi kerajaan. Ditambah dengan pengalaman saya sendiri sebagai ahli peniagaan.

“Malah, saya turut menjalanka­n ‘breeding’ untuk menghasilk­an lembu dan kambing menggunaka­n lembu serta kambing betina.

“Kini ada 168 lembu dengan 80 daripadany­a betina dan 180 kambing dengan 130 daripadany­a adalah kambing betina,” katanya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, rutin pemakanan haiwan yang diternak dan aspek kebersihan perlu dijaga rapi bagi memastikan lembu yang diternak berkualiti.

“Antara makanan yang diberikan adalah rumput, batang jagung dan dedak bagi semua jenis haiwan.

“Bagi lembu hanya diletakkan di kandang atas tanah sepanjang masa, manakala kambing memerlukan kandang yang lebih tinggi. Kini saya mempunyai dua kandang kambing.

“Seterusnya kerbau pula, ia perlu dilepaskan untuk meragut dan berkubang di lumpur kerana itu adalah memang sifat semula jadinya. Saya menyewa tanah khas untuk tujuan kerbau berkubang.

“Selain itu, saya turut menyewa tanah seluas 6.8 hektar untuk menanam rumput sendiri bagi menjimatka­n kos makanan. Tanah yang mempunyai kawasan berair digunakan untuk kerbau berkubang.

“Secara rutinnya, saya memberikan dedak pada sebelah pagi iaitu kira-kira 9 pagi dan memberikan rumput pada tengah hari sebelum memberikan dedak sekali lagi pada sebelah tekanan.

“Selain itu, bagi memastikan semua haiwan ternakan ini sihat dan berkualiti, saya juga membekalka­n haiwan itu vitamin dan ubat-ubatan lain yang sesuai mengikut nasihat agensi kerajaan,” katanya.

 ?? FOTO AHMAD HASBI ?? LEMBU dan kuda yang diternak Muhammad Hafiz.
MUHAMMAD Hafiz memberi makan kepada lembu ternakanny­a.
FOTO AHMAD HASBI LEMBU dan kuda yang diternak Muhammad Hafiz. MUHAMMAD Hafiz memberi makan kepada lembu ternakanny­a.
 ?? ?? MUHAMMAD Hafiz memberi kambing ternakanny­a makan.
MUHAMMAD Hafiz memberi kambing ternakanny­a makan.
 ?? ?? KANDANG milik Muhammad Hafiz di Kampung Lubuk Gitan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
KANDANG milik Muhammad Hafiz di Kampung Lubuk Gitan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
 ?? ?? PEKERJA memberi makan kepada kambing pada waktu petang.
PEKERJA memberi makan kepada kambing pada waktu petang.
 ?? ?? BERSAMA sebahagian daripada kambing ternakanny­a.
BERSAMA sebahagian daripada kambing ternakanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia