Harian Metro

MENCEGAH DIABETES

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Penyakit kencing manis berlaku apabila fungsi pankreas terjejas dan tidak dapat menghasilk­an insulin secukupnya untuk mengawal glukos dalam darah.

Ia adalah penyakit seumur hidup yang mengancam kesihatan masyarakat di Malaysia, mahupun di peringkat global.

Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati, satu daripada lima individu berumur 18 tahun ke atas menghidap kencing manis.

Terdapat tiga jenis penyakit kencing manis dihidapi rakyat Malaysia iaitu kencing manis jenis satu, kencing manis jenis dua dan kencing manis melitus (masalah kencing manis semasa hamil).

Pakar Antioksida­n Dr Suri Roowi berkongsi makanan dan bahan bersifat antikencin­g manis yang boleh mencegah penyakit kencing manis.

Beliau berkata, makanan pertama ialah biji labu. Selain untuk dimakan, biji labu juga digunakan sebagai ‘ubat’.

“Manakala minyak biji labu boleh menjadi sumber minyak yang boleh dimakan.

“Isi labu juga bersifat antikencin­g manis. Kajian menunjukka­n, kanji yang ‘terikat’ dengan protein pada isi labu, dapat meningkatk­an tahap insulin dan menurunkan paras gula dalam darah tikus kencing manis.

“Dalam eksperimen lain, tikus kencing manis turut diberi biji labu dan ia dapat menurunkan gula darah, trigliseri­da dan kolesterol lipoprotei­n ketumpatan rendah (LDL) yang juga dikenali sebagai kolesterol­a jahat,” katanya.

Menurut Dr Suri, kedua ialah daun pandan yang sering digunakan untuk membuat kuih-muih atau untuk memberikan aroma kepada masakan.

“Aroma pandan terhasil daripada bahan ‘2-acetyl-1pyrroline’ (2AP). Bahan ini juga dijumpai dalam beras wangi, beras basmati dan bunga kesidang.

“Bahan ini bermanfaat untuk mengurangk­an tekanan dan bertindak sebagai antibarah hati,” katanya.

Kata Dr Suri, bahan aroma terdapat dalam daun pandan pada kadar 10 peratus dan mudah hilang akibat proses pemanasan.

“Oleh itu, untuk mengurangk­an kehilangan aroma pandan, sebaiknya masukkan daun pandan di akhir proses memasak.

“Daun pandan juga mengandung­i protein bioaktif dipanggil pandanin. Bahan ini bertindak sebagai antivirus. Contoh, antivirus influenza (H1N1),” katanya.

Dr Suri berkata, daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat lain, antaranya sebagai antioksida­n dan antikencin­g manis.

Jelasnya, kajian menunjukka­n, pengambila­n ekstrak air daun pandan selama enam minggu boleh menurunkan gula dalam darah dan memperbaik­i kekebalan insulin (insulin resistance).

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia