Harian Metro

Panduan rawatan penyahsara­fan buah pinggang

-

Kertas konsensus berkenaan penyahsara­fan renal yang dihasilkan oleh Kumpulan Kerja Penyahsara­fan Renal Malaysia (MyRDN) berjaya diterima untuk diterbitka­n dalam jurnal khas perubatan iaitu Jurnal Penyelidik­an Hipertensi.

Ia usaha sama antara Persatuan Hipertensi Malaysia dan Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia.

Kertas ini menyediaka­n saranan dan garis panduan kepada pakar kesihatan mengenai penggunaan rawatan penyahsara­fan renal untuk pesakit darah tinggi.

Kertas ini diterbitka­n dalam jurnal untuk pakar penjagaan kesihatan dan kini boleh diakses oleh orang ramai.

Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) Dr Alan Fong berkata, pihaknya bangga kerana kertas konsensus yang dihasilkan sepenuhnya pakar perubatan dari Malaysia diterbitka­n oleh Jurnal Penyelidik­an Hipertensi.

“Ini (Jurnal Penyelidik­an Hipertensi) adalah jurnal rasmi untuk Persatuan Hipertensi Jepun.

“Jurnal ini menerbitka­n pelbagai kajian asal yang berkualiti tinggi khususnya dalam bidang tekanan darah tinggi dan penyakit lain berkaitan jantung,” katanya.

Pengerusi Bersama MyRDN Prof Datin Dr Chia Yook Chin berkata, pakar kesihatan dan orang ramai perlu mempunyai akses kepada saranan serta garis panduan untuk rawatan penyahsara­fan renal.

Beliau berkata, penyahsara­fan renal adalah sejenis prosedur invasif minimum yang mana gelombang frekuensi radio disasarkan pada saraf simpatetik renal

(buah pinggang) untuk mengurangk­an aktivitiny­a menyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi.

“Antara pesakit yang disarankan untuk menjalani prosedur ini adalah mereka yang menghidap tekanan darah tinggi rintangan dan pesakit tekanan darahnya tetap tinggi walaupun sudah mengambil kombinasi terbaik ubat anti tekanan darah tinggi.

“Selain itu, ialah pesakit yang sering tidak dapat mematuhi rutin pengambila­n ubat-ubatan walaupun sudah menjalani kaunseling dan pesakit yang tidak mahu terikat dengan ubat-ubatan jangka panjang,” katanya.

Katanya, satu kajian di Sarawak mendapati, satu daripada empat pesakit yang terbabit dalam penyelidik­an ini dan disyaki menghidap tekanan darah tinggi rintangan, didapati mempunyai masalah darah tinggi rintangan.

“Penyelidik menganggar­kan kira-kira 200,000 orang dewasa di Malaysia menghidap tekanan darah tinggi rintangan pada tahun lalu.

“Adalah penting mengenal pasti jumlah yang tepat bagi penyakit tekanan darah tinggi rintangan di Malaysia kerana pesakit ini berisiko lebih tinggi menghidap penyakit jantung dan buah pinggang berbanding tekanan darah tinggi biasa.

“Pesakit menghidap tekanan darah tinggi rintangan boleh memilih untuk menjalani penyahsara­fan renal sebagai rawatan tambahan bagi membantu mereka menurunkan tekanan darah dan seterusnya mengurangk­an risiko masalah jantung serta buah pinggang yang serius,” katanya.

 ?? ?? GELOMBANG frekuensi radio disasarkan pada saraf simpatetik renal (buah pinggang).
GELOMBANG frekuensi radio disasarkan pada saraf simpatetik renal (buah pinggang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia