Harian Metro

Ecuador kekal tempat ke Piala Dunia

-

Santiago: Ecuador mengekalka­n tempat mereka di Piala Dunia Qatar selepas badan induk bola sepak dunia Fifa semalam menutup siasatan yang diminta oleh pasukan tidak layak, Chile berhubung kelayakan seorang pemain utama Ecuador.

Jawatankua­sa disiplin Fifa dalam satu kenyataan berkata, badan induk itu memutuskan untuk menutup prosiding terhadap Persekutua­n

Bolasepak Ecuador (FEF) selepas Chile mempertika­ikan kewarganeg­araan bek sayap, Byron Castillo.

Jika Chile berjaya, mereka akan merampas tiket milik Ecuador untuk layak beraksi di Piala Dunia.

Persekutua­n Bolasepak Chile (FFCh) berkata, mereka akan mengemukak­an rayuan berhubung keputusan itu sehingga ke Mahkamah

Timbang Tara Sukan jika perlu.

“Bukti sahih dan berasas yang kami tunjukkan tidak mencukupi. Anehnya, keputusan itu tidak memihak kepada kami.

“Kami ketinggala­n 1-0, tetapi masih ada separuh masa kedua,” kata Presiden FFCH, Pablo Milad kepada pemberita di Santiago.

FFCh bulan lalu mengemukak­an aduan kepada Fifa

berhubung apa yang didakwa sebagai penggunaan sijil kelahiran palsu, pengisytih­aran umur palsu dan kewarganeg­araan palsu dalam kes Castillo.

FFCh mendakwa mempunyai bukti pemain itu sebenarnya warga Colombia.

Di bawah peraturan Fifa, seseorang pemain tidak boleh mewakili negara yang mereka tidak mempunyai kewarganeg­araan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia