Harian Metro

APA NASIB MALONEY?

Masa depan jurulatih ditentukan selepas FAM nilai laporan prestasi skuad B-23

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Masa depan pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney ditentukan selepas laporan rasmi prestasi pasukan sepanjang enam bulan pertama tahun ini diserahkan kepada Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O'Donell, dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar berkata, Maloney perlu menyiapkan laporan keseluruha­n prestasi skuad Harimau Muda negara dalam tiga kejohanan dilalui bermula Piala AFF B-23 di Kemboja, Februari lalu diikuti temasya Sukan Sea di Vietnam pada bulan lalu serta Piala Asia B-23 di Uzbekistan.

Katanya, laporan berkenaan akan dibawa O'Donell sebelum dibincang dalam mesyuarat pengurusan skuad kebangsaan yang akan ditentukan tarikhnya nanti.

“Laporan yang dibuat beliau (Maloney) bukan saja mengenai Piala Asia, tetapi pencapaian sejak awal tahun bermula dari kejohanan di Kemboja.

“Dari situ laporan diserahkan kepada Pengarah Teknikal untuk dinilai dan dibentangk­an dalam mesyuarat. Jadi kita bukan hanya melihat di Piala Asia saja, tapi pencapaian di Piala AFF dan Sukan Sea,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, nasib Maloney

diibaratka­n seperti telur di hujung tanduk susulan kegagalan skuad B-23 di Piala Asia B-23 di Uzbekistan, baru-baru ini.

Dalam saingan itu, skuad negara gagal meraih sebarang mata apabila tewas semua aksi Kumpulan C iaitu 1-4 di tangan Korea Selatan, 0-3 kepada Thailand sebelum menamatkan perjuangan 0-2 dengan Vietnam.

Rentak sumbang itu sebenarnya dipamerkan dalam dua saingan terdahulu apabila terkandas di peringkat kumpulan kempen Piala AFF di Kemboja dengan tewas dua kali kepada Laos.

Nasib sama turut tidak memihak anak buah Maloney apabila gagal membawa pulang pingat di temasya Sukan Sea selepas tewas di peringkat separuh akhir kepada Vietnam, sebelum dikecewaka­n pula Indonesia dalam perebutan pingat gangsa.

Untuk rekod, pengendali dari Australia itu mempunyai kontrak sehingga Disember 2023 dengan tugasan berikutnya adalah mengharung­i kempen Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 yang bermula tahun depan.

Pengendali dari Australia itu mempunyai kontrak sehingga Disember 2023

 ?? ??
 ?? ?? NASIB Maloney diibaratka­n telur di hujung tanduk susulan kegagalan skuad B-23 di Piala Asia B-23 di Uzbekistan, baru-baru ini.
NASIB Maloney diibaratka­n telur di hujung tanduk susulan kegagalan skuad B-23 di Piala Asia B-23 di Uzbekistan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia