Harian Metro

Mora berat hati lepas Arif Aiman

-

Johor Bahru: Walaupun Arif Aiman Hanapi sedang dipantau pencari bakat dan ejen bola sepak serta bakal dipinang kelab dari luar negara, pengendali JDT, Benjamin Mora tampak enggan melepaskan pemain sayap kanan JDT itu.

Mora ketika ditemui secara eksklusif menegaskan secara peribadi beliau mahu Arif Aiman kekal bersama JDT kerana pengalaman dan teknik permainann­ya belum mencukupi untuk didedahkan beraksi di luar negara selain pemain itu masih muda.

“Sebagai jurulatih, tugas utama saya adalah melatih dan membuat persiapan bukan sahaja kepada Arif, malah membabitka­n semua pemain JDT untuk berada di tahap permainan yang mantap sepanjang aksi Liga Super.

“Namun semuanya bergantung kepada keputusan pengurusan JDT sama ada mahu dipinjamka­n atau dijual kepada kelab luar negara yang berminat mendapatka­n khidmat Arif Aiman. Tapi jika anda tanya saya, sejujurnya saya mahu Arif Aiman terus bersama JDT.

“Masih ada ruang untuk dia terus maju bersama JDT, lagipun dia baru 20 tahun dan masanya akan tiba untuk beraksi di luar negara. Jadi ketika ini biar dia di sini dan membantu JDT memenangi kejuaraan liga dan selepas itu bergantung kepada keputusan pihak pengurusan,” katanya.

Menerusi laporan disiarkan hasil perkongsia­n di laman Twitter dimuat naik We Are Scouting, aksi licik Arif Aiman dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bulan lalu bersama JDT dan Kelayakan Piala Asia 2023 bersama Harimau Malaya menambat hati beberapa ejen.

Dalam ciapan itu menyatakan pemain berbakat dari Malaysia yang menarik perhatian barisan scouting (pencari bakat) selepas beraksi cemerlang di peringkat kumpulan saingan ACL.

Mengulas mengenai kemenangan besar JDT membelasah kelab dari Singapura, Hougang United FC 8-0 pada aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Sultan Ibrahim, semalam, Mora berkata, ia persiapan untuk berdepan Selangor FC di laman sendiri pada 24 Jun ini.

“Beberapa pemain simpanan disenaraik­an bagi memastikan mereka mendapat minit permainan, malah turut menggabung­kan pemain Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada perlawanan itu.

“Kami pilih pasukan dari Singapura yang mampu beri saingan dan apa saya lihat pemain JDT tampak konsisten dengan corak permainan tersusun, tapi masih ada kelonggara­n harus diperbaiki namun tidak serius,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia