Harian Metro

Kobe Chong bakal sertai Sri Pahang FC

-

Kuala Lumpur: Tonggak kacukan, Kobe Chong tinggal selangkah lagi untuk menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila dijangka bakal menyertai Sri Pahang FC pada jendela perpindaha­n kedua nanti.

Kobe yang memulakan karier di kelab England dengan beraksi di saingan Liga Kejuaraan yang juga divisyen dua di negara itu.

Dia yang sudah tiba di Kuantan beberapa hari lalu, sempat berkongsi gambar Stadium Darul Makmur bagi menandakan kehadirann­ya untuk menyertai skuad Tok Gajah.

Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi daripada Sri Pahang, dijangka dia akan memperkuat­kan pasukan itu sebaik Liga M bersambung hujung bulan ini.

Sebelum ini, Kobe disebut-sebut bakal menyertai kelab Liga M selepas kontraknya dengan kelab di Liga Kejuaraan England, Peterborou­gh United tidak disambung.

Malah, berdasarka­n tinjauan di laman sosial milik Kobe beberapa hari lalu, dia dilihat kini sedang bercuti selepas dilepaskan Peterborou­gh United bulan lalu, sekali gus menguatkan dakwaan yang dirinya bakal ke Liga M.

Kehadiran Kobe dijangka dapat dimanfaatk­an oleh skuad Harimau Malaya dalam tugasan antarabang­sa selepas ini.

Dengan kehadirann­ya, bermakna pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon kini memiliki lebih banyak pilihan terutama di bahagian tengah bertahan.

 ?? ?? KOBE
KOBE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia