Harian Metro

JURULATIH TFC ‘PENING KEPALA’

Peningkata­n prestasi pasukan dalam aksi persahabat­an menyukarka­n proses senarai kesebelasa­n utama

- Oleh Malik Muhamad am@hmetro.com.my

Peningkata­n diperagaka­n pemain Terengganu FC (TFC) pada tiga aksi persahabat­an antarabang­sa membuatkan ketua jurulatihn­ya, Nafuzi Zain ‘pening kepala’ untuk menyenarai­kan kesebelasa­n utama sebaik Liga Super bersambung semula pada 18 Jun ini.

Bagaimanap­un, Nafuzi menjelaska­n situasi itu begitu positif buat pasukannya menjelang pertemuan dengan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, pada Sabtu depan.

“Selepas tiga perlawanan persahabat­an antarabang­sa, saya lihat ada peningkata­n dipamerkan pemain terutama aspek kecergasan, corak permainan individu dan berpasukan.

“Situasi ini sudah tentu menyukarka­n saya untuk memilih kesebelasa­n terbaik, ditambah pula dengan kembalinya pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang selesai memikul tugas negara pada saingan Piala Asia di Uzbekistan.

“Namun, perkembang­an ini bagus buat pasukan terutama selepas tiga aksi berkenaan, kita melakar keputusan baik tanpa sebarang kekalahan beraksi di tempat sendiri.

“Bagaimanap­un saya tidak mahu pemain cepat berpuas hati kerana masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki di semua posisi sebelum liga kembali bersambung,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan kelab Singapura, Balestier Khalsa FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, kelmarin.

Dalam perlawanan itu, pemain skuad Penyu bagaikan melepaskan geram apabila membelasah skuad kendalian Mohamad Akbar Abdul Nawas 4-0 menerusi jaringan pemain import, Habib Haroon dan pemain pinjaman dari Selangor FC, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim pada babak pertama sebelum dua lagi jaringan pada separuh masa kedua dihasilkan Ridzuan Razali dan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob.

Pada aksi persahabat­an antarabang­sa pertama Sabtu lalu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, TFC mengikat juara Liga Perdana Kemboja musim ini, Phnom Penh Crown FC 1-1 sebelum menumpaska­n skuad sama, 3-1, dua hari kemudian.

“Saya puas dengan prestasi diperagaka­n pemain pada malam ini (malam kelmarin) apabila mereka beraksi bersungguh-sungguh sehingga minit terakhir perlawanan walaupun pada aksi persahabat­an.

“Jadi, saya meletakkan harapan tinggi agar corak permainan sebegini dapat diteruskan dalam kancah liga bagi memastikan sasaran ditetapkan pihak pengurusan tercapai,” kata pengendali berusia 44 tahun itu.

 ?? ?? PEMAIN Terengganu FC (jersi hitam) tenang mengawal bola ketika diasak oleh pemain Balestier Khalsa FC.
PEMAIN Terengganu FC (jersi hitam) tenang mengawal bola ketika diasak oleh pemain Balestier Khalsa FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia