Harian Metro

Kalamullah tekad pamer aksi cemerlang

-

Kuala Lumpur: Penjaga gol Petaling Jaya City (PJ City FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi mahu bekerja lebih keras mempamerka­n aksi cemerlang sebaik sahaja Liga Malaysia bersambung untuk mendapat kembali peluang bersama skuad kebangsaan.

Sebelum ini, dia dipanggil menjalani kem latihan skuad kebangsaan sebelum namanya diketepika­n dalam senarai akhir 23 pemain Harimau Malaya bagi saingan Kumpulan E kelayakan Piala Asia.

Namun, Kalamullah menganggap peluangnya masih belum tertutup sepenuhnya dan baki perlawanan Liga Super selepas ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memperagak­an prestasi lebih baik agar dapat mencuri perhatian selain mampu membantu kelab.

“Rasa kecewa juga apabila tidak dapat bersama 23 pemain (skuad kebangsaan) yang lain, tapi saya anggap masih tiada rezeki.

“Sekarang saya kena fokus semula untuk aksi bersama kelab sebab ini yang paling penting, jadi saya perlu beraksi dengan lebih baik supaya lepas ini berpeluang dapat panggilan sekali lagi.

“Tetapi banyak yang saya belajar sepanjang bersama skuad kebangsaan untuk dibawa ke PJ City, contohnya cara latihan sebagai penjaga gol, kami lebih banyak membiasaka­n bola dekat kaki sebab jurulatih lebih menekankan daripada bawah.

“Jadi, sekarang itu saya cuba pratikkan perkara itu apabila bersama PJ City dan ditambah corak latihan dengan kelab, Insya-Allah prestasi akan lebih baik,” katanya.

Melihat kepada prestasi semasa pasukan yang kini di tangga kelapan liga dan tidak meraih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir, pemain berusia 27 tahun itu percaya barisan pemain lebih bersedia memperbaik­i kesilapan dalam tempoh berehat ini.

Dia tidak boleh ambil mudah dalam aksi akan datang memandangk­an setakat ini sudah dibolosi 10 gol selepas tujuh perlawanan berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia