Harian Metro

‘Biar kami pilih, orang luar jangan masuk campur’

-

Kuala Lumpur: “Orang luar jangan masuk campur dengan pemilihan esok (hari ini), biar ahli yang tentukan siapa layak pimpin KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia).”

Itu amaran tegas Presiden KOM, Datuk SM Muthu menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), hari ini.

Muthu ketika dihubungi berkata, pemilihan itu sepatutnya berlangsun­g dengan adil tanpa ada campur tangan pihak luar.

Bagi Muthu, beliau bersedia untuk menentang siapa saja termasuk Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Saya dengan Shahidan tak ada masalah. Shahidan tak ada masalah nak lawan saya.

“Tak tahulah kalau ada percaturan pihak luar, tapi bila mahu lawan, kita buat dengan betul,” katanya.

Hari ini akan menjadi penentu hala tuju kepemimpin­an baharu KOM dengan perebutan jawatan presiden dijangka berlangsun­g satu lawan satu membabitka­n Muthu dan Shahidan.

Ini kerana seorang lagi calon iaitu bekas atlet olahraga Selangor era 1990-an, Nurhayati Karim menegaskan beliau akan menarik diri pada hari pertanding­an sekiranya Shahidan benar-benar akan bertanding.

Nama Shahidan dicalonkan Persatuan Olahraga Amatur Perlis (POAPs) bagi merebut kerusi nombor satu KOM, sekali gus mencabar Muthu yang turut mengesahka­n akan mempertaha­nkan jawatannya itu.

Shahidan bukanlah asing buat KOM apabila pernah menerajui badan induk itu pada 2006 hingga 2012, tetapi terpaksa melepaskan jawatan itu selepas tewas di tangan Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam pemilihan bagi penggal 2013-2015.

Muthu pula dipilih sebagai presiden baharu KOM bagi penggal 2019/2022 selepas menewaskan Datuk Karim Ibrahim yang juga penyandang jawatan ketika itu dengan kelebihan tiga undi.

 ?? ?? MUTHU
MUTHU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia