Harian Metro

Wooi Yik beraksi dalam kesakitan

-

Kuala Lumpur: Isu keracunan makanan yang berlaku di Kejohanan Badminton Masters Indonesia memaksa beberapa pemain menarik diri daripada meneruskan perjuangan.

Malah pemain negara turut terkena tempiasnya apabila beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut dilaporkan terpaksa bermain dalam kesakitan sehingga mereka tewas kepada wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-16, 13-21, 17-21 di suku akhir, kelmarin.

Bagaimanap­un, Pengarah Kejurulati­han Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tidak mahu menjadikan itu alasan dan menjelaska­n Wooi Yik terpaksa bermain dalam keadaan pucat kerana menahan sakit.

“Memang sebelum turun bermain Wooi Yik mengalami keracunan makanan, tapi dia tetap mahu teruskan permainan. Kita dapat lihat pada set ketiga, badan dia mula rasa sejuk dan muka sudah mula pucat.

“Saya amat yakin, kalau semuanya okey dan tak ada masalah, mereka boleh menewaskan beregu China itu dan pergi ke peringkat seterusnya,” katanya.

Terdahulu Jawatankua­sa penganjur kejohanan Badminton Masters Indonesia 2022 sedang menyiasat kes disyaki keracunan makanan dialami pemain jemputan dari Malaysia dan Thailand selepas sarapan di hotel penginapan, pada Jumaat. Jurucakap Pengurus Pusat Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia, Broto Happy berkata pihaknya amat bersimpati dan prihatin atas perkara itu yang diketahuin­ya melalui sosial media.

“Setakat ini, belum ada laporan rasmi dibuat pemain mahupun pengurus pasukan kepada jawatankua­sa penganjur mengenai keracunan makanan,” katanya.

Sementara itu, Broto berkata hasil ujian makmal mendapati pemain dirawat berkemungk­inan mengambil makanan tidak sihat atau mengandung­i bakteria dan bukan akibat keracunan makanan.

Kelmarin, media melaporkan lima pemain Malaysia dan beberapa pemain Thailand mendapatka­n rawatan di hospital akibat keracunan makanan.

“Kita dapat lihat pada set ketiga, badan dia mula rasa sejuk dan muka sudah mula pucat Rexy

 ?? ?? WOOI Yik (kanan) alami keracunan makanan sebelum beraksi menentang wakil China.
WOOI Yik (kanan) alami keracunan makanan sebelum beraksi menentang wakil China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia