Harian Metro

HOSPITAL LUBUK BUANG BAYI

Anak seawal usia kurang seminggu dikesan diabai waris mereka di beberapa hospital Johor Bahru

- Lapor Mary Victoria Dass

Beberapa hospital bersalin di Johor dikesan dijadikan tempat 'membuang' bayi yang baru dilahirkan atas alasan anak tidak sah taraf selain mengalami komplikasi pelbagai penyakit. Setakat tahun lalu, 12 bayi malang ditinggalk­an ibu begitu saja manakala sehingga Mei lalu, 3 kes dilaporkan. Pengabaian dilakukan ini pasti akan membuatkan masa depan bayi terbabit gelap,

‘ Dalam sesetengah kes, bayi baharu lahir yang diberi rawatan kerana komplikasi tertentu gagal dituntut ibu kandung mahupun warisnya yang bersikap lepas tangan”

Adnan

Beberapa hospital di bandar raya ini dijadikan ‘lubuk buang bayi’ apabila insan malang dan tidak berdosa itu ditinggal ibu kandung mereka selepas dilahirkan.

Bayi seawal usia kurang seminggu hingga beberapa bulan dikesan ‘dibuang’ waris mereka di beberapa hospital termasuk di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Perkara itu diakui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin yang berkata, kes pengabaian bayi itu tiada kesudahan dan berlaku berulang kali setiap tahun.

Memperinci­kan insiden tidak bertanggun­gjawab itu, Adnan berkata, dalam beberapa kes, ibu kandung meninggalk­an bayi dengan menghilang­kan diri daripada hospital.

Katanya, manakala terdapat juga kes pengabaian berlaku apabila ibu kandung tidak mahu membawa pulang bayi dengan pelbagai alasan termasuk tiada tempat tinggal tetap.

“Dalam sesetengah kes, bayi baharu lahir yang diberi rawatan kerana komplikasi tertentu gagal dituntut ibu kandung mahupun warisnya yang bersikap lepas tangan.

“Mengikut statistik, pada tahun lalu (2021) sebanyak 12 kes pengabaian bayi baharu dilahirkan di hospital awam iaitu 11 di HSI dan satu kes di HSA membabitka­n lima bayi lelaki dan tujuh bayi perempuan.

“Hanya dua daripada 12 kes berkenaan terdiri daripada warga Indonesia. Manakala pada tahun ini (sehingga Mei 2022) sebanyak tiga kes direkodkan yang mana satu kes di HSI dan dua kes di HSA membabitka­n dua bayi lelaki dan seorang perempuan. Ketiga-tiga bayi ini dilahirkan wanita tempatan,” katanya.

Adnan berkata, kebiasaann­ya bayi ditinggalk­an berkenaan adalah anak tidak sah taraf.

Menurutnya, pihaknya sukar bagi mengesan ibu kandung mahupun waris bayi apabila tidak memperoleh maklumat lengkap berkaitan mereka.

“Ada antara mereka yang sengaja tidak memberikan

alamat lengkap manakala warga asing pula menggunaka­n pasport antarabang­sa palsu ketika mendaftar di hospital berkenaan.

“Perbuatan berkenaan mengakibat­kan masa depan zuriat mereka menjadi tanda tanya,” katanya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, kebiasaann­ya JKM akan menjalanka­n usaha mengesan waris bayi yang dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 demi membincang­kan masa depan mereka.

“Mereka yang menjadi mangsa pengabaian ditempatka­n bersama keluarga pelihara mengikut peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak

“JKM memilih sebuah keluarga pelihara sesuai iaitu kebiasaann­ya pasangan suami isteri yang masih belum memiliki zuriat selepas mendirikan rumah tangga bagi tempoh lima tahun ke atas. “JKM menjalanka­n proses lanjut mengikut prosedur ditetapkan,” katanya ketika dihubungi.

Pada November 2021, Harian Metro melaporkan seorang wanita meninggalk­an bayi perempuan yang dilahirkan di HSA selepas memberi alasan tiada tempat tinggal tetap dan hanya menghuni di inap desa.

Manakala pada Februari 2021, seorang wanita warga Indonesia menghilang­kan diri, sekali gus meninggalk­an bayi lelakinya berusia 40 hari di HSA selepas perbuatann­ya menggunaka­n pasport palsu terbongkar.

Pada 27 April 2019 pula, akhbar ini melaporkan seorang wanita mengulangi perbuatann­ya dengan mengabaika­n bayi kedua yang baru dilahirkan di HSA. Wanita sama dilaporkan menghilang­kan diri lima tahun sebelumnya selepas melahirkan anak tidak sah taraf di hospital sama.

 ?? ??
 ?? ?? KEBIASAANN­YA bayi yang ditinggalk­an adalah anak tidak sah taraf.
KEBIASAANN­YA bayi yang ditinggalk­an adalah anak tidak sah taraf.
 ?? ?? HOSPITAL Sultanah Aminah turut menjadi sasaran ibu bapa tidak bertanggun­gjawab untuk mengabaika­n anak mereka.
HOSPITAL Sultanah Aminah turut menjadi sasaran ibu bapa tidak bertanggun­gjawab untuk mengabaika­n anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia