Harian Metro

Bekas Adun dituduh mencabul

Rasman tak mengaku buat gangguan seksual dalam Vellfire

- Oleh Essa Abu Yamin am@hmetro.com.my

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sedili, Rasman Ithnain, 54, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita pada Januari lalu.

Rasman bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Berdasarka­n pertuduhan, Rasman didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita berkenaan.

Kesalahan berkenaan dilakukan di dalam sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di daerah ini pada 5 petang, 13 Januari lalu.

Tertuduh yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Kota Tinggi didakwa mengikut Seksyen

354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau madariseks­ana-mana pada dua an itu.

Terdahulu, pendakwaan dikendalik­an Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya

Hayatul

Wirdah Mohd Yunos mencadangk­an jaminan sebanyak RM5,000 dikenakan terhadap Rasman.

Rasman yang diwakili peguam Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail bagaimanap­un mencadangk­an jumlah jaminan berkenaan dikurangka­n dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama sepanjang siasatan polis.

Majistret Amalina kemudian membenarka­n jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Mahkamah turut menetapkan 16 hingga 18 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraa­n.

Sebelum ini, Rasman menafikan tuduhan seorang wanita yang membuat laporan polis mendakwa diganggu secara seksual.

Rasman berkata, tuduhan berkenan bukan sahaja satu konspirasi politik, malah fitnah serta cubaan untuk menjatuhka­n maruah serta mencalarka­n reputasi beliau selaku wakil rakyat.

 ?? ?? RASMAN mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di Mahkamah Majistret, semalam.
RASMAN mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di Mahkamah Majistret, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia