Harian Metro

Warga Sudan tertipu bayar RM40,900

-

Kuala Lumpur: Mangsa skim pelaburan Musang King yang terpedaya dengan janji manis seorang warga Palestin terpaksa berputih mata selepas lelaki itu menghilang­kan diri sejak April lalu.

Segala keuntungan, manfaat dan perolehan yang dijanjikan menerusi projek terbabit lebur begitu sahaja apabila dia gagal dikesan menyebabka­n mangsa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

Seorang mangsa yang juga warga Sudan, Zeinab Babo Diedan Goda, 43, berkata, pada awal perkenalan dengan lelaki itu, dia dijanjikan pelaburan tanpa risiko dan pulangan lumayan.

“Di dalam pembentang­an mengenai projek itu, kami dijanjikan keuntungan setiap empat bulan bagi projek ladang durian Musang King dan pusat beli-belah.

“Pembentang­an diadakan secara Zoom kerana pada waktu itu Malaysia masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

“Saya sendiri membuat dua kali pembayaran dengan jumlah keseluruha­n RM40,900, tetapi akhirnya dia lesap begitu sahaja,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Hadir sama menemaniny­a ialah Pengerusi Khidmat Guam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Pengarah

Advokasi Khidmat Guam, Mahmud Jumaat.

Harian Metro pada Jumaat lalu melaporkan, seorang warga Palestin licik memperdaya 150 ekspatriat dan golongan profesiona­l dari beberapa negara termasuk Malaysia untuk melabur di dalam projek Musang King dengan anggaran kerugian keseluruha­n RM20 juta.

Mangsa juga diyakinkan dengan pulangan sehingga tiga kali ganda kerana durian mendapat permintaan tinggi bukan sahaja pasaran tempatan, malah di peringkat antarabang­sa.

Sementara itu, Mahmud berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat daripada pengadu dan akan merujuk kes berkenaan ke Bukit Aman dalam waktu terdekat.

Katanya, maklumat yang diperoleh juga akan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial bagi membantu siasatan.

“Khidmat Guam tampil bersama pengadu membuat laporan polis dan tindakan susulan selepas ini. Setakat ini kita percaya ramai lagi yang terpedaya, tetapi belum tampil membuat laporan polis.

“Hasil maklumat daripada mangsa, lelaki Palestin itu dipercayai masih berada di Malaysia, justeru kita minta lebih ramai mangsa tampil untuk membuat laporan,” katanya.

 ?? ?? ZEINAB (dua dari kiri) bersama Khairul Anwar dan Mahmud membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin.
ZEINAB (dua dari kiri) bersama Khairul Anwar dan Mahmud membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin.
 ?? ?? LAPORAN Harian Metro, 10 Jun 2022.
LAPORAN Harian Metro, 10 Jun 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia