Harian Metro

Bengkel terbakar, 9 kenderaan hangus

-

Subang Jaya: Empat kereta dan lima motosikal musnah selepas sebuah bengkel di Kampung Tengah, Puchong di sini, terbakar, kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.45 malam.

“Seramai 22 pegawai dan anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran membabitka­n sebuah bengkel yang mempunyai 13 kereta dan lima motosikal di dalam premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Norazam berkata, empat daripada 13 kereta berkenaan musnah 100 peratus dalam kejadian itu.

“Empat kereta terbabit adalah Suzuki Swift, Proton Satria Neo, Perodua Kancil dan Ford Escort. Sembilan lagi kereta dilaporkan terbakar antara 15 hingga 20 peratus.

“Lima motosikal turut musnah sepenuhnya dalam kejadian iaitu Yamaha Y15, Honda C70, Yamaha LC135, Honda EX5 dan Yamaha RXZ,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya melakukan kerja-kerja pemadaman api bagi mengelak kebakaran merebak ke premis berhampira­n.

 ?? ?? BENGKEL kenderaan yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tengah, Puchong.
BENGKEL kenderaan yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tengah, Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia