Harian Metro

Bantu ibu jual nasi lemak buat tanggung rawatan

-

Padang Terap: Biarpun disahkan menghidap leukemia sejak Januari lalu dan diberhenti­kan kerja, seorang wanita tetap cekalkan diri demi membantu keluargany­a dengan membantu ibunya menjual nasi lemak.

Siti Nurain Rosli, 20, yang diberhenti­kan kerja sementara waktu sebagai pekerja am di ladang getah di sini, selepas disahkan menghidap penyakit berkenaan kini membantu ibunya, Siti Mariam Abdul Wahab, 36, demi menyara keluargany­a selain wang hasil jualan itu digunakan untuk rawatan.

Menurutnya, dia akan membuat penghantar­an nasi lemak dari rumah ke rumah mengikut tempahan pelanggan.

Katanya, setiap hari, dia akan bangun seawal jam 4 pagi untuk memasak dan membungkus nasi lemak sebelum mula menghantar­nya dengan menunggang motosikal pada 7 pagi.

“Wang diperoleh hasil jualan nasi lemak inilah saya gunakan untuk berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatka­n rawatan. Ayah saya, Rosli Ismail, 49, hanya bekerja kilang di daerah ini dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan dan tidak cukup menampung kehidupan kami sekeluarga manakala ibu pula tidak bekerja. Saya mempunyai dua lagi adik dan seorang daripadany­a masih bersekolah manakala yang bongsu baru berusia tiga tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di

Kampung Padang Sanai di sini, semalam.

Mengulas mengenai penyakitny­a itu, Siti Nurain berkata, dia kerap demam, pening dan pitam serta muntah darah menyebabka­n dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang untuk menjalani pemeriksaa­n.

“Kes saya dirujuk ke HSB di Alor Setar untuk pemeriksaa­n lanjut selepas doktor memaklumka­n darah putih saya kurang dan kanser yang dialami sudah merebak 60 peratus. Saya dimasukkan ke wad selama 36 hari dan menjalani rawatan termasuk kemoterapi untuk membantu memulihkan keadaan saya,” katanya.

Berkongsi lanjut, Siti Nurain berkata, dia nekad untuk kuatkan diri biarpun diuji penyakit berkenaan demi membantu keluarga.

“Kadang-kadang ayah pinjam kereta daripada ahli keluarga atau kawan dia, tetapi kalau dia kerja, saya akan minta rakan yang ada kereta tolong hantarkan dan beri sedikit duit minyak,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyumbang melalui akaun bank atas nama Siti Nurain 2-00-5061-00021861-3 (Agro Bank).

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi pesakit itu turut menyampaik­an sumbangan barangan dapur serta telekung, susu formula khas dan wang tunai.

“Wang hasil jualan nasi lemak saya gunakan untuk ke HSB dapatkan rawatan Siti Nurain

 ?? ?? SITI Nurain (kiri) berbual dengan Zuraini berkaitan penyakit yang dihidapiny­a di rumahnya di Kampung Padang Sanai. - Gambar NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI
SITI Nurain (kiri) berbual dengan Zuraini berkaitan penyakit yang dihidapiny­a di rumahnya di Kampung Padang Sanai. - Gambar NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia