Harian Metro

DNA bantu PDRM kesan suspek kes rogol 19 tahun lalu

-

Kuala Lumpur: Kaedah ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) yang dilaksanak­an sekali lagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan suspek kes rogol yang berlaku 19 tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan polis di Bagan Serai, Perak, kira-kira jam 9.30 malam pada Khamis lalu.

Berbekalka­n maklumat diperoleh daripada data profil ujian DNA, katanya, JSJ Bukit Aman menahan lelaki itu bagi membantu siasatan kes rogol yang berlaku pada 2003.

“Suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak selama empat hari bermula semalam (kelmarin) sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan segera dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendapatka­n arahan bagi tujuan pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Abd Jalil berkata, PDRM akan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan dalam mengesan dan menahan penjenayah meskipun menghadapi kekurangan maklumat pada awal siasatan termasuk menggunaka­n kaedah saintifik melalui data profil DNA.

Tambahnya, kaedah itu bagi mengenalpa­sti identiti suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, PDRM turut menyeru masyarakat supaya menyalurka­n maklumat berkaitan kejadian menyalahi undang-undang dalam usaha membantera­s jenayah untuk memberi keadilan kepada mangsa seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kekal selamat.

Sebelum ini, siasatan saintifik menggunaka­n DNA berjaya mengenal pasti suspek terbabit dalam kes rogol remaja perempuan di Balik Pulau, Pulau Pinang, 12 tahun lalu.

 ?? ?? KAEDAH terkini ujian DNA sekali lagi membantu PDRM dalam penyiasata­n kes jenayah.
KAEDAH terkini ujian DNA sekali lagi membantu PDRM dalam penyiasata­n kes jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia