Harian Metro

Maut tersepit dalam Porsche

Ahli perniagaan terbunuh kenderaan mewah dipandu kemalangan dengan dua kereta lain

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Seorang ahli perniagaan maut selepas kereta Porsche dipandunya melanggar dua kenderaan lain sebelum terbabas dalam kemalangan di Kilometer 55, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, dekat Bentong, Pahang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Lee Cheng Yik, 22, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superinten­dan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu yang turut membabitka­n kereta Proton Saga FLX dipandu lelaki berusia 32 tahun dan Proton Waja dipandu lelaki berusia 71 tahun pada jam 2.15 petang, kelmarin.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Gombak menghala ke Raub sebelum kereta dipandunya melanggar bahagian belakang salah sebuah kereta dan terbabas lalu melanggar sebuah lagi kereta di lorong kiri jalan.

“Perlanggar­an itu menyebabka­n kereta berkenaan terjunam ke sebelah kiri jalan di laluan keluar sebuah stesen minyak di lokasi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Zaiham berkata, pemandu dua lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. Orang ramai yang menyaksika­n kejadian itu boleh menghubung­i polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.52 tengah hari.

“Seramai 10 pegawai dan anggota bersama dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pemandu kereta berkenaan dilaporkan tersepit di bahagian pemandu dan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit menggunaka­n alat penyelamat hidraulik,” katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Gombak menghala ke Raub Zaiham

 ?? ?? KERETA dinaiki mangsa yang remuk selepas terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan lain.
KERETA dinaiki mangsa yang remuk selepas terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia