Harian Metro

Bentang visi, misi untuk Johor Selasa ini

-

Iskandar Puteri: Menjelang 100 hari pentadbira­n Menteri Besar Johor tidak lama lagi, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan membentang­kan visi dan misi Johor bagi tempoh lima tahun akan datang pada satu majlis amanat di sini, Selasa ini.

Beliau berkata, visi dan misi itu antara lain akan menetapkan hala tuju komprehens­if merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dasar-dasar dalam aspek pentadbira­n, sosial dan ekonomi negeri di bawah kerajaan Johor yang diterajui Barisan Nasional (BN) selepas memperoleh mandat besar apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac lepas.

Memberikan bayangan antara inti pati amanat itu, Onn Hafiz menegaskan bahawa kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada perkara asas yang penting kepada rakyat seperti penyediaan infrastruk­tur dan prasarana seperti jalan raya, mengatasi banjir, hal-hal berkaitan tanah, kemudahan kesihatan, meningkatk­an peluang pekerjaan, penambahba­ikan polisi kerajaan sedia ada serta membina ekonomi Johor lebih berdaya saing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia