Harian Metro

EWS kesan aliran puing

Alat dipasang di Gunung Jerai beri amaran awal sekiranya berlaku fenomena kepala air

-

Sistem amaran awal bagi mengesan bencana geologi khususnya aliran puing dikenali sebagai EWS dipasang di Pusat Peranginan Titi Hayun di sini yang akan memberi amaran awal sekiranya berlaku fenomena kepala air di kawasan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Hisamuddin Termidi berkata sistem yang beroperasi sejak Februari lepas itu merupakan yang pertama di negara ini dan akan menjadi projek rintis dalam menghadapi ancaman bencana seperti fenomena kepala air dan tanah runtuh.

“JMG dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyiapkan sistem amaran awal aliran puing di Titi Hayun, Gunung Jerai di sini dan ia sudah pun diaktifkan dan beroperasi sejak Februari lepas.

Hisamuddin berkata sistem tersebut merupakan teknologi termaju dari negara Jepun yang menggabung­kan pengesan deria getaran dan wayar bagi membolehka­n amaran bencana aliran puing dikesan lebih awal.

Menurutnya pengesan deria wayar akan mengesan aliran puing pada tahap-tahap tertentu, apabila getaran mengenai wayar tersebut sistem amaran awal akan diaktifkan dengan mengeluark­an bunyi siren yang boleh didengari penduduk sekitar sehingga satu kilometer.

“Jadi dalam keadaan ini, penduduk boleh persiapkan diri untuk buat tindakan evakuasi atau mengosongk­an tempat tersebut dan pergi ke tempat lebih selamat,” katanya lagi.

Beliau berkata JMG juga akan bekerjasam­a dengan

Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam menyelaras sistem amaran awam untuk kepentinga­n masyarakat setempat.

“Contohnya macam mana kita mahu satukan kepada amaran awam. Bukan sahaja penduduk sekitar tahu berlakunya bencana tetapi penduduk yang tinggal agak jauh. Sebab kita tak pasti kesan aliran puing ia sangat pantas, tak semestinya penduduk yang jauh tidak terkesan,” katanya.

Mengulas sama ada Gunung Jerai kini masih selamat untuk dikunjungi Hisamuddin berkata berdasarka­n hasil kajian pihaknya mendapati kawasan rekreasi berkenaan sudah boleh dibuka semula, namun perkara itu tertakhluk kepada Majlis Daerah Yan selaku pihak berkuasa tempatan untuk menentukan­nya.

“Kawasan ini diselia bawah Majlis Daerah Yan, jadi terpulang kepada mereka menentukan bila tarikh sesuai untuk dibuka kepada orang ramai, Kita hanya sekadar memberi nasihat dan hasil kajian sebagai panduan,” katanya.

Kata Hisamuddin, setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang unsur atau punca-punca yang boleh menyebabka­n berlaku ketidaksta­bilan cerun mahupun tanah di kawasan Gunung Jerai.

 ?? ?? MENARA sistem EWS yang dipasang di Gunung Jerai pada Februari lalu. - Gambar NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN
MENARA sistem EWS yang dipasang di Gunung Jerai pada Februari lalu. - Gambar NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia