Harian Metro

‘Bukan mansuh, tapi budi bicara’

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

“Ramai orang kita salah faham mengenai isu ini, hukuman mati bukan dimansuhka­n sepenuhnya, tetapi bergantung kepada budi bicara mahkamah dan hakim untuk menentukan­nya,” kata Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berhubung tindakan kerajaan bersetuju memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Menurutnya, keputusan mahkamah bergantung kepada bukti.

“Contohnya kes bunuh, sekiranya pesalah dibuktikan dia membunuh dengan niat, waras, keadaan sedar dan tidak mabuk, maka apa alasan pesalah itu tidak dikenakan hukuman gantung?

“Sekarang kerajaan beri kelonggara­n kepada hakim, jika dahulu hakim tiada pilihan berikutan termaktub dalam akta, sekarang mereka diberi kuasa lebih menentukan bentuk hukuman kepada pesalah,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai keadilan kepada ahli keluarga mangsa jenayah berat, beliau berkata, tidak timbul isu itu kerana hukuman mati mandatori masih dilaksanak­an bergantung kepada budi bicara mahkamah.

“Sekiranya pesalah jelas merodok seseorang hingga mati, semestinya hukuman mati dikenakan terhadap mereka.

“Jadi tiada isu mengenai keadilan kepada ahli keluarga mangsa kerana pemansuhan hukuman mati mandatori ini hanya dalam akta, tetapi masih bergantung kepada hakim,” katanya.

Salawati berkata, satu jawatankua­sa dibentuk untuk melatih hakim dan pelaksanaa­nnya bukan dilakukan 24 jam, sebaliknya langkah demi langkah.

“Keputusan kerajaan ini bagi menarik perhatian negara luar yang menganggap kita zalim, jadi selepas ini mereka membuka mata selepas kita menetapkan kelonggara­n dan tidak timbul lagi isu hak asasi manusia,” katanya.

Sebelum ini, keputusan itu dicapai susulan pembentang­an Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap

Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Jemaah Menteri, baru-baru ini.

Wan Junaidi dilaporkan berkata, Jemaah Menteri bersetuju supaya penelitian dan kajian dilaksanak­an berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Kajian lanjut ini dilaksanak­an dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementeria­n dan jabatan berkepenti­ngan.

‘ Sekarang kerajaan beri kelonggara­n kepada hakim, jika dahulu hakim tiada pilihan berikutan termaktub dalam akta, sekarang mereka diberi kuasa lebih menentukan bentuk hukuman kepada pesalah”

Dr Salawati

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia