Harian Metro

Pintu sentiasa dikunci sorok kegiatan

-

Kuala Lumpur: Sebuah pusat hiburan di Jalan Yew di sini, dikesan menggunaka­n khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) sebagai tarikan bagi mengumpan lelaki ‘hidung belang’ di pusat hiburan berkenaan.

Bagaimanap­un, helah licik itu terbongkar selepas premis berkenaan diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 12.05 tengah malam kelmarin.

Ketua JSJ Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Manjiji berkata, pihaknya menahan lapan wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu.

“Kami menahan seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis serta 11 lelaki warga Bangladesh yang bekerja di pusat hiburan terbabit. Semua individu yang ditahan berusia antara 26 hingga 58 tahun.

“Kami memeriksa 85 individu membabitka­n 15 pekerja warga tempatan serta 70 pelanggan termasuk empat warga asing dari Hong Kong, Indonesia dan China yang berusia antara 20 hingga 61 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, modus operandi di pusat hiburan itu adalah menawarkan khidmat GRO dengan bayaran serendah RM100 hingga RM150 kepada pelanggan.

“Malah, pintu premis berkenaan yang dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu itu sentiasa dikunci bagi mengelak kegiatan terbabit dikesan pihak berkuasa. “Semakan mendapati pusat hiburan terbabit tiada lesen untuk beroperasi. Kami turut merampas resit perniagaan serta

Khidmat GRO ditawarkan dengan harga RM100 hingga RM150 kepada pelanggan

peralatan audio dalam operasi itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1) Akta Imgresen 1959/63,

Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

 ?? ?? ANTARA pelanggan yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Yew.
ANTARA pelanggan yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Yew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia