Harian Metro

Remaja keluar makan malam dakwa dicabul

-

Tumpat: Seorang gadis yang keluar rumah untuk makan malam bersama rakan mendakwa dicabul dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, mangsa berusia 13 tahun yang juga pelajar tingkatan satu meminta kebenaran daripada ibunya untuk bertemu rakan jam 9 malam namun gagal pulang sehingga 11 malam.

Katanya, sebaik dihubungi ahli keluarga, mangsa memberitah­u berada di chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki sebelum bergegas ke lokasi.

“Ketika memeriksa bilik chalet terbabit, mereka terdengar suara mangsa dari bilik yang terdapat seorang lelaki sedang tidur di hadapan bilik itu.

“Selepas diketuk, pintu bilik itu dibuka dan mangsa berada bersama dua lelaki,” katanya dalam kenyataan, di sini, kelmarin.

Katanya ketika ahli keluarga menyoal tiga lelaki berusia 20-an itu, seorang daripadany­a melarikan diri selepas berlaku pergelutan.

Menurutnya, hasil rakaman percakapan, mangsa dipaksa masuk ke dalam bilik, malah ketiga-tiga suspek enggan menghantar­nya pulang.

“Mangsa diraba oleh dua suspek ketika berada di dalam bilik manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik serta mengawal di luar.

“Pemeriksaa­n kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu mendapati ada kesan koyakan lama akibat objek tumpul pada mangsa.

“Soal siasat mendapati mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama lelaki yang baharu dikenaliny­a semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu pada awal Mei lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia