Harian Metro

Ajar 12 Orang Asli kursus rawatan asas

-

Gua Musang: Seramai 12 penduduk Orang Asli di Pos Balar di sini, terpilih mengikuti kursus rawatan asas dan perubatan jangka pendek di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan Kubang Kerian pada September depan.

Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan HUSM, Prof Madya Dr Shaik Farid Abdull Wahab berkata, inisiatif memberikan ilmu rawatan dan perubatan asas itu untuk menjadikan 12 penduduk sebagai perawat asas bagi 800 masyarakat Orang Asli di pos terbabit.

Katanya, kursus di bawah program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) 2022-2023 itu diharapkan dapat membantu masyarakat di 10 kampung di Pos Balar jika mengalami kecemasan sementara menunggu bantuan perubatan tiba.

“Sebelum ini kami kerap masuk ke perkampung­an Orang Asli di Gua Musang bagi menjalanka­n misi kemanusiaa­n dan ia tiada kesinambun­gan kerana kami sekadar menghantar bekalan ubat, memberi rawatan dan pemeriksaa­n percuma serta bantuan makanan.

“Kelainan misi bantuan kali ini adalah mahu memberikan sesuatu bersifat kekal iaitu dengan menyediaka­n ilmu rawatan dan perubatan asas kepada mereka sekiranya berlaku kecemasan sementara bantuan dari pihak berwajib tiba.

“Melalui kursus jangka pendek ini, mereka diberi pendedahan cara merawat luka, membuat Cardiopulm­onary Resuscitat­ion (CPR), penjagaan selepas bersalin serta pergigian,” katanya.

Katanya, pemilihan Pos Balar disebabkan ia paling jauh di pedalaman berbanding pos lain dan dikhuatiri lambat menerima bantuan berbanding lokasi lain.

“Sebagai pendedahan awal, semua 12 peserta diberi tunjuk ajar oleh tiga pegawai perubatan ketika konvoi USM dengan menaiki 20 pacuan empat roda memasuki Pos Balar selama tiga hari bermula Rabu lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia