Harian Metro

Tak adil untuk keluarga mangsa

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarha­m Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak bersetuju dengan langkah kerajaan memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini.

Zulkarnain Idros, 57, berkata langkah memansuhka­n hukuman mati mandatori itu dibimbangi menyebabka­n peningkata­n kes kesalahan serius terutama pengedaran dadah dan pembunuhan.

Menurutnya, hukuman penjara seumur hidup bukan hukuman sesuai bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mengambil iktibar dan tidak melakukan jenayah berat.

“Saya tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori. Langkah itu dibimbangi menyebabka­n kes pengedaran dadah dan bunuh meningkat di negara kita.

“Lihat sahaja kes berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ini hukumannya mati mandatori dikuatkuas­a pun kes pengedaran dadah masih tinggi. Bayangkan apabila hukuman mati dimansuhka­n.

“Begitu juga kesalahan jenayah membabitka­n membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, apakah keadilan atau hukuman wajar bagi mereka yang didapati bersalah membunuh? Adakah hanya penjara seumur hidup sahaja?

“Saya tahu hukuman mati itu masih wujud dengan haada kim pilihan mengikut budi bicaranya dalam menjatuhka­n hukuman kepada pesalah, namun adakah jika sah bersalah membunuh orang, tetapi hukuman selain mati mandatori diberikan? Ia tidak adil kepada keluarga mangsa menanggung sengsara,” katanya.

Zulkarnain adalah bapa Allahyarha­m Zulfarhan yang meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 akibat didera sekumpulan penuntut UPNB.

Jumaat lalu, kerajaan dilaporkan bersetuju memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan itu dilaporkan dicapai susulan pembentang­an Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Apakah keadilan atau hukuman wajar bagi mereka yang didapati bersalah membunuh? Zulkarnain

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia