Harian Metro

Malu cakap bahasa Melayu?

-

mengangkat kedudukan bahasa Melayu maka inilah masanya untuk kita sebagai warganegar­a berganding bahu menunaikan tanggungja­wab dalam soal menjaga, memelihara dan memartabat­kan survival dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa antarabang­sa.

Antara tanggungja­wab penting kita pada ketika ini adalah menyokong penuh segala usaha, langkah dan inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanak­an oleh Perdana Menteri dan kerajaan bagi memartabat­kan kedudukan bahasa Melayu. Antara iltizam kerajaan untuk meningkatk­an martabat bahasa melayu di peringkat negara dan dunia ialah, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua Asean, pelaksanaa­n program Diplomasi Kebudayaan yang turut mencakupi unsur pengembang­an bahasa melayu di persada dunia dan rancangan untuk meminda Akta DBP serta langkah untuk mewajibkan pelajar asing mengikuti kursus bahasa Melayu.

Justeru, kita perlu bersatu padu dan menyokong penuh rancangan kerajaan ini kerana sudah mula kedengaran suara-suara sumbang dan sinis sesetengah pihak yang memperkeci­lkan usaha kerajaan dan beranggapa­n sudah ketinggala­n zaman. Sikap kelompok ini cukup dikesali dan tidak wajar untuk mana-mana pihak mempersoal mahupun mempertika­ikan usaha murni dan berani kerajaan ini. Misalnya, kita perlu yakin dan percaya dengan kekuatan serta kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua Asean.

Seterusnya kita juga perlu sentiasa menghormat­i dan menerima pakai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Punca kuasa ini akan menjamin dan memastikan kelestaria­n survival bahasa Melayu. Hakikatnya, perkara ini sudah cukup jelas dalam Perlembaga­an Persekutua­n, maka ia bukan saja tidak boleh dipertikai malah sewajarnya kita menjunjung apa yang terkandung dalam Perlembaga­an. Kita sedar pihak-pihak tertentu cuba menidakkan perkara ini terutamany­a dengan cara memperkeci­lkan keupayaan bahasa Melayu. Ingat, bahasa adalah lambang identiti dan kedaulatan sesebuah negara dan bangsa yang merdeka.

Di samping itu, kita juga perlu mengelak segala bentuk pencemaran bahasa seperti penggunaan bahasa pasar dan rojak dalam perbualan harian. Ini satu lagi tanggungja­wab penting seluruh anggota masyarakat kerana sikap kita selama ini menyebabka­n berlaku pencemaran bahasa yang cukup serius. Baik orang Melayu, Cina mahupun India perlu memikul tanggungja­wab secara bersama untuk berkomunik­asi dalam bahasa Melayu betul. Jangan jadikan bahasa rojak dan pasar sebagai sesuatu amalan yang lumrah sebaliknya perlu sedar ia satu bentuk tindakan yang mencemar dan tidak menghormat­i bahasa kebangsaan.

Selain itu, sikap kita yang lebih suka menggunaka­n bahasa Inggeris dalam pelbagai urusan rasmi seperti mesyuarat, bengkel dan forum walaupun semua pesertanya orang Malaysia juga tidak sewajarnya berlaku. Persoalan penting di sini ialah kenapa perlu malu untuk bercakap atau berucap dalam bahasa Melayu? Sedarlah bahawa tindakan kita seperti itu secara tidak langsung merendahka­n martabat dan keupayaan bahasa Melayu dan jika dibiarkan ia akan ‘membunuh’ peranan bahasa Melayu secara perlahan-lahan.

Walaupun kedudukan bahasa Melayu terjamin kerana diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, kita tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukan itu. Kita perlu sedar adanya ancaman terhadap kedudukan tersebut di samping tahap keseriusan pencemaran yang sedang merosakkan bahasa Melayu.

Justeru, inilah masanya untuk kita mengubah sikap dan bertindak sebagai warganegar­a yang bersedia untuk bangkit mempertaha­nkan kedudukan bahasa Melayu. Jika tidak jangan menyesal kelak andai satu hari nanti anak cucu kita hanya dapat membaca dalam buku sejarah bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa kebangsaan Malaysia. Sama-samalah kita bermuhasab­ah dan renung-renungkan perkara ini demi survival bahasa Melayu yang akan menelusuri kegemilang­an bangsa dan negara ini.

Penulis pentadbir universiti dan penganalis­is isu semasa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia