Harian Metro

PM turun padang tinjau CIQ BSI

-

Johor Bahru: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan lawatan mengejut ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), semalam.

Lawatan mengejut Ismail Sabri itu dimuat naik Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebookny­a.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudi turun padang melihat sendiri keadaan di CIQ BSI.

“Semoga dengan lawatan ini akan membawa banyak limpahan rahmat kepada pengguna-pengguna,” katanya.

Untuk rekod, pada 20 Mei lalu, Onn Hafiz dilaporkan melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral.

Menerusi muat naik di Facebookny­a, Onn Hafiz dilaporkan berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua agensi berkaitan hari ini bagi memperbaik­i sistem keluar masuk di sempadan negara.

“Alhamdulil­lah, saya sudah selamat pergi dan juga kembali semula ke Johor. Saya turut lalui setiap proses yang lazim dilalui oleh semua.

“Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Pengarah Imigresen Johor, Kastam, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Agensi Penguatkua­saan Pengangkut­an Awam Darat (Apad) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

“Masih ada banyak ruang yang boleh diperbaiki. Saya dan agensi berkenaan akan berusaha untuk memperbaik­inya dengan kadar segera, demi keselamata­n dan keselesaan jutaan pengguna yang mengunjung­inya setiap tahun. Semoga dipermudah­kan segala urusan,” katanya.

Sebelum ini, ramai dalam kalangan pekerja Malaysia di Singapura yang berulang-alik menggunaka­n pengangkut­an awam sering mengeluh kerana sering beratur dalam tempoh yang lama terutama ketika waktu puncak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia