Harian Metro

Rezeki enam orang

Siti Norsaliana bersama suami, tiga adik serta adik ipar terpilih untuk ke Tanah suci

-

Empat beradik di sini tidak menyangka dapat merealisas­ikan impian mereka sejak sekian lama menjadi tetamu Allah apabila terpilih untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pada tahun ini.

Meluahkan kesyukuran, Siti Norsaliana Abu Khalid, 35, berkata, ia merupakan rezekinya bersama tiga adik-beradiknya iaitu Muhammad Saffuan, 34, Siti Norkhariah, 27, dan Muhammad Syahid, 18, selepas mula menabung sejak 2008 dan mendaftar haji pada tahun yang sama.

Malah, suami Siti Norsaliana iaitu Mohd Zamzuri Ali, 36, dan adik iparnya, Siti Analiza Mak Tapin, 34, turut sama menyertai mereka untuk mengerjaka­n ibadah haji.

“Saya ada seorang lagi adik yang juga menerima tawaran menunaikan haji tahun ini, tetapi dia baru melakukan pembedahan lutut dan terpaksa menolak tawaran terbabit.

“Ibu dan ayah juga dapat tawaran tunai haji, tetapi disebabkan mereka pernah menunaikan­nya sebelum ini mereka menolak dan ingin memberi peluang kepada orang lain,” kata anak sulung itu.

Siti Norsaliana yang menetap di Taman Kobena, Senawang berkata, dia bersama adik-beradiknya berasa terkejut dan gementar selepas menerima surat untuk mengerjaka­n Rukun Islam kelima itu pada April lalu namun mengakui teruja dengan segala persiapan sudah dilakukan sejak Aidlfitri. .

Jelasnya, dia pernah menolak tawaran untuk mengerjaka­n ibadah haji kali pertama pada 2020 namun disebabkan berfikiran masih muda ditambah Covid-19 melanda dunia ketika itu, Siti Norsaliana terpaksa menangguhk­annya.

“Saya berasa amat sedih ketika tahun terbabit, mungkin niat ketika itu tidak betul jadi saya pujuk hati dan pujuk suami...mungkin ini jalannya dan Alhamdulil­lah rezeki datang tahun ini,” katanya.

 ?? ?? SITI Norsaliana (dua dari kanan) bersama suami, Mohd Zamzuri (kanan) dan adik-beradiknya, Muhammad Saffuan (tiga dari kiri), Siti Norkhariah (kiri), Muhammad Syahid (tiga dari kanan) serta adik ipar, Siti Analiza (dua dari kiri) bergambar kenangan sebelum berangkat mengerjaka­n haji.
SITI Norsaliana (dua dari kanan) bersama suami, Mohd Zamzuri (kanan) dan adik-beradiknya, Muhammad Saffuan (tiga dari kiri), Siti Norkhariah (kiri), Muhammad Syahid (tiga dari kanan) serta adik ipar, Siti Analiza (dua dari kiri) bergambar kenangan sebelum berangkat mengerjaka­n haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia