Harian Metro

Daging pula mahal!

Harga jualan produk dari India kini meningkat RM17 sekilogram

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Isu ayam segar dalam pasaran makin reda namun kini bekalan daging dari India pula dilaporkan menghadapi masalah selain harganya juga melambung tinggi.

Tinjauan di pasar basah sekitar bandar raya ini termasuk di Pandan mendapati bekalan daging dari India dilihat makin terhad.

Malah, harga daging import India itu kini naik kepada RM17 sekilogram (kg) berbanding hanya antara RM13 hingga RM14 sebelum ini.

Peniaga daging, Hafizul Mohamad, 40, berkata daging dari India menjadi pilihan peniaga makanan dan pengguna kerana harganya lebih murah berbanding daging segar tempatan yang diketahui umum lebih mahal.

Namun, katanya, sebelum Aidilfitri lalu lagi bekalan daging dari India yang diterima daripada pembekal mula berkuranga­n hampir separuh daripada biasa menyebabka­n stok terhad untuk dijual.

“Keadaan semasa bekalan daging import dari India terutama bahagian batang pinang sudah mula terputus menyebabka­n peniaga makanan terutama sate selain pengguna mula mengeluh.

“Pembekal memaklumka­n bekalan daging dari India sukar diperoleh sejak dua minggu lalu. Malah, peniaga daging juga sukar memperoleh tulang dan paru lembu dari Australia, yang menerima permintaan tinggi daripada peniaga (makanan) dan pengguna.

“Harga daging import dari India walaupun naik antara RM3 hingga RM4 setiap kg, ia tetap lebih murah dan menjadi pilihan peniaga makanan serta pengguna berbanding daging segar berharga RM45 kg, yang hanya menerima sambutan ketika musim perayaan sahaja.

“Saya sebagai penjual hanya menerima 200 kg daging import India daripada pembekal berbanding 400 kg sebelum ini, menyebabka­n tidak dapat menampung permintaan dari peniaga makanan dan pengguna,” katanya ketika ditemui. Seorang lagi peniaga daging di Pasar Taman Dahlia, Tampoi, Mohd Kamal Kamsan, turut mengakui bekalan daging import dari India semakin berkuranga­n dan terhad.

“Saya pun tidak pasti kenapa sejak sebelum Aidilfitri lalu bekalan daging import dari India semakin berkuranga­n.

“Pembekal ada memaklumka­n daging import India menjadi rebutan banyak negara ketika ini menyebabka­n bekalan terhad. Diharapkan bekalan daging India ke Malaysia tidak terjejas lama kerana ia akan memberi kesan kepada peniaga dan pengguna,” katanya.

Sementara itu, peniaga makanan, Mohammad Izam

Seran, pula berkata kenaikan harga daging import India yang mendadak daripada RM215 sekotak kepada RM280, menyebabka­n peniaga terpaksa menaikkan harga makanan berasaskan daging.

Katanya, kesemua peniaga makanan terutama nasi campur memang menggunaka­n daging import India sebagai ramuan utama masakan berasas daging.

“Sekotak ada 20 paket dengan setiap paket seberat 800 gram. Peniaga makanan memang akan beli sekotak bagi stok berniaga. Namun sejak harga daging India naik mendadak dua bulan lalu, saya terpaksa menaikkan harga makanan berasas daging kepada RM1.50 kini,” katanya.

 ?? ?? BEKALAN daging dari India yang diterima daripada pembekal mula berkuranga­n hampir separuh daripada biasa menyebabka­n stok terhad untuk dijual. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
BEKALAN daging dari India yang diterima daripada pembekal mula berkuranga­n hampir separuh daripada biasa menyebabka­n stok terhad untuk dijual. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia