Harian Metro

Pengambila­n 120 anggota baharu JPJ

-

Pasir Mas: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sedang melaksanak­an pengambila­n 120 anggota baharu pada tahun ini bagi memperkema­s pasukan penguat kuasa, kata Pengarah Akademi JPJ Mohamad Kifli Ma Hasan.

Beliau berkata, ketika ini proses ujian fizikal dan temu duga sedang dilakukan bagi pengambila­n berkenaan.

“Insya-Allah sebelum akhir tahun ini, mereka yang terpilih akan menjalani kursus tiga bulan di Akademi JPJ Melaka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan Kedondong di sini, semalam.

Mohamad Kifli berkata, JPJ juga sedang berusaha menubuhkan pasukan pancaragam sendiri selain sudah memiliki pasukan pancaragam yang dianggotai 45 pegawai yang memiliki kemahiran bermain alat muzik bagpipe.

“Pasukan pancaragam itu dianggotai pegawai dari seluruh negara, mereka yang dipilih mempunyai minat yang tinggi serta berkeboleh­an memainkan peralatan muzik.

“Walaupun menganggot­ai pasukan pancaragam, mereka ini turut berkhidmat dalam pasukan seperti Unit Penguatkua­saan Bermotosik­al (UPB) JPJ...mereka tetap tertakluk kepada penugasan yang menuntut disiplin tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia