Harian Metro

1.25 juta kunjungi PBAKL 2022 sepanjang 10 hari

-

Kuala Lumpur: Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) berjaya menarik 1.25 juta pengunjung sepanjang 10 hari penganjura­nnya.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola PBAKL 2022, Mohd Khair Ngadiron berkata, sambutan menggalakk­an pengunjung membuktika­n industri buku masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, impak positif ini secara tidak langsung meransang budaya membaca dalam kalangan Keluarga Malaysia.

“Seramai 137 pempamer dan lebih 700 reruai menjadikan PBAKL 2022 sebagai program buku terbesar negara setakat ini.

‘ Sambutan ini adalah penanda aras akhbar NSTP terus menjadi pilihan utama rakyat dalam mendapatka­n berita terkini” Tengku Kaifimirza

“Sambutan hangat daripada pengunjung dan pempamer memperliha­tkan industri buku fizikal masih relevan di sebalik kepesatan teknologi.

“Kehadiran penulis terkenal, selebriti dan pempengaru­h juga menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke PBAKL 2022,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, semalam.

Buat julung kalinya, PBAKL 2022 diadakan secara hibrid bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia menyertai acara berkenaan.

Sementara itu, Pengurus

Langganan dan Pemasaran Pengedaran The New Straits

Times Press (M) Bhd (NSTP), Tengku Kaifimirza

Tengku Hamzah berkata, reruai NSTP di PBAKL 2022 mendapat sambutan menggalakk­an.

Katanya, akhbar keluaran NSTP terus menjadi pilihan pengunjung di samping pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.

“Sambutan ini adalah penanda aras akhbar NSTP terus menjadi pilihan utama rakyat dalam mendapatka­n berita terkini.

“Pembelian akhbar digital juga meningkat kerana ia antara alternatif yang ditawarkan kepada pengunjung dengan harga promosi.

 ?? ?? TENGKU Kaifimirza menunjukka­n novel remaja yang dijual di reruai NSTP di PBAKL 2022. - Gambar NSTP/FATHIL ASRI
TENGKU Kaifimirza menunjukka­n novel remaja yang dijual di reruai NSTP di PBAKL 2022. - Gambar NSTP/FATHIL ASRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia