Harian Metro

Datuk tahu kejadian

Remaja bawah umur tidak bersekolah jalin hubungan dengan dua lelaki kini hamil

- Oleh Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

Rahsia seorang remaja perempuan bawah umur hamil tiga bulan terbongkar apabila gadis terbabit hadir ke sebuah klinik kesihatan di sini, bagi mendapatka­n buku rekod kesihatan ibu mengandung pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, hasil siasatan awal gadis berusia 14 tahun itu mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia 22 dan 17 tahun pada 19 Februari dan 28 Mac lalu di rumah neneknya.

Menurutnya, remaja terbabit mengaku datuknya menyedari ketika dia melakukan hubungan seks dengan suspek kedua namun lelaki berkenaan bertindak melarikan diri melalui pintu utama.

“Bagaimanap­un, suspek kembali semula ke rumah berkenaan selepas dipanggil dan hasil perbincang­an, ibu suspek bersetuju untuk memastikan lelaki berkenaan bertanggun­gjawab atas perbuatan itu.

“Apabila menyedari kandungan membesar, mangsa datang ke klinik kesihatan sebelum diarahkan oleh pegawai kesihatan bertugas untuk merujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II kerana hamil di bawah umur,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Menurutnya, kejadian hanya disedari selepas mangsa yang tidak bersekolah dan tinggal bersama datuk serta neneknya pergi ke klinik kesihatan itu untuk mendapatka­n buku rekod kesihatan ibu mengandung sebelum kes dimaklumka­n kepada pihak polis.

Katanya, pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatk­an ibu bapa atau penjaga untuk mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia