Harian Metro

Karnival Bekwoh himpun Volkswagen klasik

-

Tumpat: Kehadiran deretan 350 kenderaan klasik Volkswagen membabitka­n model Beetle, Kombi, Transpoter, Karmann Gear dan Squareback menjadi daya tarikan Karnival Bekwoh di Pantai Geting di sini, kelmarin.

Karnival anjuran Agrobank dan Kelab Pemilik Volkswagen Klasik Kelantan (KVKK) yang berakhir semalam berjaya menghimpun­kan lebih 600 peserta dari seluruh negara termasuk Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, karnival dianjurkan ketika cuti persekolah­an sebagai sebahagian inisiatif berterusan institusi perbankan itu dalam menyantuni dan mendekati komuniti setempat di negeri ini.

“Program ini menjadi platform terbaik buat Agrobank untuk mendekati komuniti setempat di Tumpat secara santai.

“Ia juga dapat meningkatk­an kesedaran mereka mengenai jenama, produk dan solusi kewangan Agrobank yang patuh syariah, merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdaganga­n dan pembiayaan mikro,” katanya.

Terdahulu, beliau diiringi Presiden KVKK, Baharum Nor menyempurn­akan acara pelepasan konvoi 350 kenderaan Volkswagen ke masjid tertua di Asia Tenggara iaitu Masjid Kampung Laut.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, sepanjang karnival berlangsun­g tiga hari dua malam, pelbagai pengisian dan aktiviti menarik berkonsepk­an kekeluarga­an diadakan seperti sukaneka, sukan pantai, persembaha­n kebudayaan seperti wayang kulit dan dikir barat, gerai jualan serta pameran khas kenderaan Volkswagen.

 ?? ?? ORANG ramai melihat kereta Volkswagen klasik di Pantai Geting, Tumpat. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
ORANG ramai melihat kereta Volkswagen klasik di Pantai Geting, Tumpat. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
 ?? ?? TENGKU Ahmad Badli Shah menampal pelekat Agro Bank sebelum melepaskan konvoi 350 Volkswagen klasik ke Masjid Kampung Laut ketika ditemui di Pantai Geting, Tumpat.
TENGKU Ahmad Badli Shah menampal pelekat Agro Bank sebelum melepaskan konvoi 350 Volkswagen klasik ke Masjid Kampung Laut ketika ditemui di Pantai Geting, Tumpat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia