Harian Metro

Asha kini milik Harris

-

Shah Alam: Pelakon, Harris Annuar selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan model, Asha Merican jam 4 petang di Magica Hall, kelmarin.

Harris ketika dihubungi berkata, selepas empat tahun menyulam asmara dia nekad memperiste­rikan Asha.

“Alhamdulil­lah dengan sekali lafaz, saya sah bergelar suami kepada Asha. Sebenarnya kami sudah bercinta hampir empat tahun tapi memilih untuk merahsiaka­n hubungan ini.

“Sepanjang perkenalan kami kunci rapat mengenai status hubungan kepada orang luar. Hanya keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan rapat saja yang tahu.

“Kami tidak pernah bertunang, cuma ada ke rumah keluarga

Asha untuk merisik,” katanya kepada Harian Metro.

Pada majlis itu, Harris menyerahka­n mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada Asha berserta lima dulang hantaran, manakala pihak Asha membalas dengan tujuh dulang.

Majlis pernikahan itu disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan selebriti antaranya Hun Haqeem dan Safwan Nazri.

Menurut Harris, Asha memiliki keperibadi­an yang hampir sama dengan ibu tercintany­a yang juga usahawan popular Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton.

 ?? ?? HARRIS menyerahka­n mas kahwin RM1,001 kepada
Asha.
HARRIS menyerahka­n mas kahwin RM1,001 kepada Asha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia