Harian Metro

Persembaha­n miliki kehebatan tersendiri

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Hattan hilang kata-kata ketika menyaksika­n persembaha­n mantap kumpulan Search pada Konsert Search Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell, kelmarin.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, berkata, persembaha­n yang dibarisi Din dan Kid selaku pemain gitar, Yan (bass) serta Minn (drum) dan vokalis baharu, Denden Gonjalez itu memiliki kehebatan tersendiri.

“Saya sudah lama tidak mendengar muzik sebegini. Memang sound Search ada pada Din dan Kid. Bila saya dengar

Din memainkan lagu Teguh, saya sedih, seperti mahu menangis.

“Saya sangat seronok. Saya rindu nak tengok Din dan Kid main dan saya berpuas hati. Sound yang diberikan memang puas hati. Kunci sound Search itu memang ada pada Din dan Kid. Tiada siapa boleh menafikan.

“Tanyalah siapa pun, saya pasti mereka mempunyai pendapat yang sama. Berbaloi datang konsert ini. Saya layan habis menonton konsert ini,” katanya.

Menurut Hattan, dia juga terkejut dengan kehebatan vokalis baharu Search yang berasal daripada Indonesia itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia