Harian Metro

Tiada unsur khianat

-

Kuala Lumpur: Punca kebakaran di Pasar Keramat, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin, tidak membabitka­n perbuatan khianat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur yang dikesan menjurus ke arah perbuatan itu.

“Hasil pemeriksaa­n dilakukan pihak forensik (bomba) dan Unit Anjing Pengesan

(K9) di lokasi kejadian mendapati tiada bahan bakar dikesan yang menjurus kepada perbuatan khianat.

“Bagaimanap­un kami masih menunggu laporan penuh bagi menentukan punca sebenar kejadian kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Pasar Keramat terbakar lagi awal pagi kelmarin, selepas kejadian sama berlaku di kawasan berkenaan pada 17 Mac tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia