Harian Metro

Perlu kaji impak ke atas isi rumah

-

Kuala Lumpur: Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) jika dilaksanak­an semula di Malaysia, perlu mempunyai kajian yang menyeluruh dan pelbagai pusingan rundingan untuk mengkaji impak terhadap isi rumah dan kumpulan mudah terjejas.

Menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) dalam kenyataan, langkah-langkah dasar lain seperti subsidi bersasar dan program jaringan keselamata­n sosial yang formal juga perlu dilaksanak­an untuk mengurangk­an potensi kenaikan harga selepas GST dalam tempoh terdekat.

“Pada amnya, GST diperlukan untuk memperluas aliran hasil kerajaan secara mampan dalam menghadapi defisit bajet yang meluas. Terdapat ruang untuk memperluas asas cukai domestik untuk mengukuhka­n kemampanan fiskal Malaysia.

“Daripada kutipan GST, ia terbukti mampu memacu hasil yang lebih tinggi daripada kutipan cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) pada masa ini dan ternyata sudah mengurangk­an kebergantu­ngan Malaysia kepada cukai pendapatan petroleum pada tahap tertentu, yang tertakluk kepada turun naik pasaran minyak global,” katanya.

Melihat kepada data dari 2011 hingga 2020, Ideas berkata, kira-kira 55 peratus daripada hasil kerajaan adalah daripada cukai langsung secara purata.

“Antaranya, bahagian cukai pendapatan petroleum berada pada aliran penurunan terutamany­a sejak kejatuhan harga minyak global pada 2015. Penurunan ini diimbangi pada tahap tertentu dengan pelaksanaa­n GST dari 2015 hingga 2017.

“Apabila GST diperkenal­kan pada 2015, ia membentuk kira-kira 14 peratus daripada hasil kerajaan, dan bahagian ini meningkat kepada 23.41 peratus pada 2017. Secara keseluruha­nnya, sumbangan SST hanya membentuk 8.0-14 peratus daripada hasil kerajaan,” katanya. - Bernama

 ?? ?? SUBSIDI bersasar dan program jaringan keselamata­n sosial mampu mengurangk­an potensi kenaikan harga selepas GST.
SUBSIDI bersasar dan program jaringan keselamata­n sosial mampu mengurangk­an potensi kenaikan harga selepas GST.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia