Harian Metro

TAWAR GERAN SEHINGGA RM600K

Pemecut MYStartup kedua memperkasa syarikat pemula niaga

-

Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melancarka­n Program Pemecut MYStartup yang menawarkan geran sehingga RM600,000 kepada 10 daripada 33 syarikat pemula niaga yang terbabit dalam program itu.

Dimulakan oleh Mosti dan dijayakan oleh agensinya Cradle Fund Sdn Bhd, Program Pemecut MYStartup memberi inspirasi kepada pemula niaga peringkat awal sambil menawarkan bimbingan dalam melaksanak­an strategi perniagaan dan akses kepada pasaran dan pendanaan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Cradle Fund Norman Matthieu Vanhaecke berkata, menjelang hujung tahun ini, 10 syarikat pemula niaga akan dipilih bagi menerima geran atau tambahan wang tunai RM1 juta daripada bakal rakan kongsi.

“Program MYStartup sudah dilancarka­n pada Februari tahun ini dan di bawah program itu, kami mempunyai pelbagai inisiatif pembinaan kapasiti untuk syarikat pemula niaga.

“Bagi yang pertama ialah Program Pra-Pemecut MYStartup, yang kami mulakan bulan lalu dan ini adalah program kedua kami,” katanya kepada Bernama pada pelancaran Program Pemecut MYStartup kedua, di sini, baru-baru ini.

Program MYStartup terdiri daripada beberapa program, antaranya ialah MYHackatho­n 2022, MYStartup Hackathon, Pra-Pemecut MYStartup, Pemecut MYStartup, MYStartup Internship dan MYStartup Mentorship.

“Tidak lama lagi, kami akan melancarka­n program MYHackatho­n kami untuk tahun ini. Inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik penyampaia­n perkhidmat­an awam utama kepada rakyat,” kata Vanhaecke.

Beliau juga menyatakan bahawa Program Pemecut MYStartup adalah sebahagian daripada strategi MYStartup yang lebih besar yang dimulakan oleh Mosti, yang bertujuan untuk mewujudkan syarikat pemula niaga Malaysia yang berjaya di peringkat global.

Usaha ini juga selari dengan sasaran Mosti untuk mewujudkan 5,000 syarikat pemula niaga dan menghasilk­an lima syarikat berstatus unicorn menjelang 2025.

“Program ini menyediaka­n akses kepada 18 pelabur, yang mereka sendiri adalah pengasas pemula niaga yang berjaya, dan akan terus membimbing peserta sepanjang pengembang­an pasaran mereka dan meningkatk­an perjalanan,” katanya.

Pemula niaga juga akan ditugaskan kepada mentor daripada kumpulan pemain industri utama antarabang­sa dan tempatan yang dipilih khas, pengasas pemula niaga yang berjaya dan pelabur utama yang boleh mereka hubungi.

“Program ini menyediaka­n akses kepada 18 pelabur Vanhaecke

 ?? ?? HUJUNG tahun ini 10 syarikat pemula niaga terpilih bakal menerima geran dan tambahan RM1 juta daripada bakal rakan kongsi.
HUJUNG tahun ini 10 syarikat pemula niaga terpilih bakal menerima geran dan tambahan RM1 juta daripada bakal rakan kongsi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia