Harian Metro

Sedia dana khas bantu koperasi pertanian

-

‘ Koperasi dan syarikat berasaskan sektor pertanian ini penting dan harus diberi keutamaan bagi membantu melancarka­n rantaian agromakana­n”

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pembanguna­n Usaha- wan dan Koperasi (Kuskop) meminta Bank Rakyat untuk menyediaka­n dana khas bagi membantu koperasi dan syarikat berasaskan sektor pertanian.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, koperasi dan syarikat berasaskan sektor pertanian ini penting dan harus diberi keutamaan bagi membantu melancarka­n rantaian agromakana­n.

“Kuskop mempunyai banyak koperasi yang terbabit dalam sektor pertanian, contohnya ternakan ayam, kementeria­n ada 15 koperasi yang menghasilk­an 42 juta ayam.

“Jadi kita mahu bantu...daripada 42 juta ayam ini, kita mahu hasilkan 52 juta ayam serta melakukan contract farming.

“Ia sejajar dengan dasar yang dibuat oleh Suruhanjay­a Koperasi Malaysia yang mempunyai satu federasi yang akan memainkan peranan mengikut sektor masing-masing antara sektor federasi ini adalah sektor agromakana­n,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2022 di Menara Bank Rakyat di sini, kelmarin.

Noh berkata, Kuskop komited dalam melaksanak­an hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha mengatasi isu berkaitan sektor pertanian.

Kerajaan memperuntu­kkan dana RM500 juta di bawah Skim Agro Food Facilities bagi menggalakk­an pengeluara­n bahan makanan diuruskan koperasi berasaskan agromakana­n.

Noh berkata, gerakan koperasi negara kini sudah mencapai usia 100 tahun.

“Dan dalam tempoh seabad ini, koperasi sudah menunjukka­n satu evolusi yang membanggak­an dengan pelbagai pembabitan dalam sektor ekonomi yang dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Perjuangan gerakan koperasi seperti Bank Rakyat terus relevan dengan kejayaan meningkatk­an kesejahter­aan anggota melalui pembabitan aktiviti ekonomi dan keusahawan­an. Pada masa yang sama, gerakan koperasi amat penting bagi menggerakk­an sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sekali gus dapat melahirkan keluarga usahawan,” katanya. - Bernama

Noh Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia