Harian Metro

Ono Keiji dilantik MD, CEO baharu Aeon

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

S4M Motorsport Sdn Bhd, syarikat menjual aksesori motosikal berkuasa tinggi di bawah jenama Saf-One Accessorie­s merancang untuk melebarkan sayapnya ke Thailand dan Indonesia.

Pemiliknya, Safuan Ahmad berkata, pihaknya masih dalam perbincang­an dengan pihak di negara berkenaan bagi memenuhi syarat dan dokumentas­i yang diperlukan.

Katanya, kedai aksesori motosikal itu dibuka pada 2018 dan menawarkan pelbagai aksesori serta servis pada harga mampu milik.

“Selain meluaskan perkhidmat­an ke negara lain, kami juga akan memberi tumpuan pasaran di Malaysia dan merancang untuk membuka cawangan lain iaitu Bike Station Saf-One di sekitar Lembah Klang.

“Kami juga akan perkenalka­n perkhidmat­an baru seperti wrapping, servis cuci motosikal dan pelbagai lagi di bawah satu bumbung termasuk menyediaka­n servis ke rumah pelanggan.

“Kami yakin Saf-One Accessorie­s akan terus mendapat tempat di hati pelanggan kerana kelebihan kami dari segi servis yang berpatutan (lebih murah), aksesori yang ada di kedai kami terhad kerana tak semua kedai ada dan harga istimewa diberikan untuk pelanggan setia,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, barang kelengkapa­n dan aksesori yang dijual juga mempunyai banyak pilihan termasuk bermacam jenis kualiti mengikut kemampuan pelanggan.

Safuan berkata, pihaknya berharap dengan pembukaan sempadan dan sektor ekonomi akan meningkatk­an lagi jualannya tahun ini.

Kuala Lumpur: Aeon Co (M) Bhd (Aeon) melantik Ono Keiji sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantik­an Shafie Shamsuddin yang meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2022 selepas berkhidmat selama tiga tahun dengan Aeon.

Syarikat perkhidmat­an pengurusan runcit dan hartanah itu berkata Ono ialah seorang eksekutif dengan pengalaman selama 27 tahun dalam pelbagai tugasan dalam kumpulan Aeon di seluruh dunia.

“Sebelum ini, Ono sudah berkhidmat sebagai Presiden dan Wakil pengarah Aeon Kemboja dan menyertai Aeon Co (M) Bhd daripada jawatannya sebagai Presiden dan Wakil Pengarah Aeon Ryukyu Co Ltd di Jepun,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, baru-baru ini.

Sementara itu, Aeon berkata, ia menerima dan menghormat­i keputusan Shafie untuk meneruskan cabaran baharu selepas berjaya mengemudi syarikat itu melalui waktu mencabar semasa pandemik Covid-19 dan merangka Aeon Strategy Playbook (Buku Panduan Strategi AEON).

“Shafie sudah memainkan peranan penting dalam perjalanan transforma­si Aeon. Kepimpinan­nya yang berwawasan dan berinspira­si sudah mencipta Aeon yang lebih berdaya tahan dan tangkas untuk menghadapi cabaran masa depan,” kata Pengerusi Aeon, Datuk Iskandar Sarudin. - Bernama

 ?? ?? SAFUAN
SAFUAN
 ?? ?? SAFUAN memasang aksesori motosikal pelanggan.
SAFUAN memasang aksesori motosikal pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia