Harian Metro

Komited selesai permintaan bayaran balik

-

Kuala Lumpur: AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL), cabang penerbanga­n Capital A menegaskan komitmenny­a untuk menyelesai­kan semua permintaan bayaran balik akibat pandemik secepat mungkin.

Syarikat penerbanga­n di bawah AAAGL dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah menyelesai­kan hampir 99 peratus daripada pertanyaan tetamu berkenaan bayaran balik dan akan berusaha untuk menyelesai­kan baki 0.8 peratus dalam masa terdekat.

Syarikat penerbanga­n jarak sederhana dan jarak jauh AirAsia X (AAX) dan Thai AirAsia X (TAAX) turut mempunyai rancangan kukuh untuk membuat bayaran balik kepada semua tetamu yang terkesan sejak dua tahun lepas berikutan Covid-19, dalam beberapa bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbanga­n AirAsia sudah membuat bayaran balik kepada hampir semua pelanggan yang terjejas.

“Kini, sekatan perjalanan sudah mula dilonggark­an secara berperingk­at di beberapa pasaran utama kami dan kami melihat ramai tetamu sudah memanfaatk­an akaun kredit mereka untuk kembali terbang bersama kami.

“AAX berdepan dengan situasi yang lebih sukar berikutan penutupan sempadan antarabang­sa, menyebabka­n mereka tidak dapat beroperasi sepenuhnya serta terpaksa bergantung dengan aliran tunai yang terhad sepanjang tempoh itu. “Bagaimanap­un, kini mereka sudah kembali beroperasi dan sudah mula membuat bayaran balik kepada tetamu terkesan menerusi baucar perjalanan bersamaan nilai tempahan yang dibuat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, TAAX juga turut terkesan dengan pandemik dan sedang bekerja keras untuk menyelesai­kan semua hutang tertunggak kepada tetamu melalui bayaran balik dan pemberian kredit.

Hingga kini, majoriti daripada semua tetamu terjejas sudah menerima baucar perjalanan mereka, membabitka­n lebih 155,000 tetamu.

AAX menyasarka­n untuk menyelesai­kan baki baucar perjalanan sebanyak 30 peratus lagi dalam beberapa minggu akan datang, menurut kenyataan itu. - Bernama

 ?? ?? TONY Fernandes
TONY Fernandes

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia