Harian Metro

BILIONAIR MUDA HIDUP SEDERHANA

Pemuda berusia 25 tahun memiliki harta kekayaan RM6.6 bilion

-

Usianya baru 25 tahun namun pemuda China ini bukan sahaja dinobat bilionair termuda di Asia, tetapi masih mengekalka­n hidup secara sederhana.

Anak kelahiran Jiaozuo di Henan, Wang Zelong memiliki harta kekayaan bernilai AS$1.5 bilion (RM6.6 bilion) kerana mewarisi perusahaan syarikat kimia.

Beliau tersenarai sebagai bilionair dalam senarai 12 individu terkaya Forbes untuk 2022 untuk bilionair berusia bawah 30 tahun.

Lebih mengagumka­n, beliau adalah satu-satunya individu dari Asia di dalam senarai untuk kategori itu.

Menurut South China Morning Post, Wang mula tersenarai dalam senarai individu terkaya Forbes pada tahun lalu.

Ia selepas beliau mewarisi pegangan yang bernilai lebih AS$1.3 bilion (RM5.72 bilion) dalam CNNC Hua Yuan Titanium Dioxide Co, sebuah syarikat kimia yang disenaraik­an di dalam Bursa Saham Shenzhen.

Menurut laman web syarikat itu, ia adalah pengeluar kedua terbesar untuk pigmen.

Selain itu, beliau mempunyai kepentinga­n dalam Lomon Billions Group, sebuah syarikat yang turut mengeluark­an titanium dioksida.

Setahun kemudian, Wang menjadi lebih kaya daripada sebelumnya.

Menurut Forbes, nilai kekayaan harta terkini lelaki itu dianggarka­n AS$1.5 bilion (RM6.6 bilion).

Walaupun kebanyakan mereka yang tersenarai di dalam senarai sama berkecimpu­ng dalam bidang teknologi, Wang pula berbeza kerana beliau berada dalam industri yang berlainan.

Syarikat itu menghasilk­an pigmen titanium dioksida iaitu pigmen putih yang digunakan dalam salutan, plastik dan dakwat.

Walaupun menjadi salah seorang terkaya di Asia, Wang masih mengekalka­n kehidupan yang sangat peribadi sama seperti beberapa rakan bilionair lain.

 ?? ?? WANG
WANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia