Harian Metro

Beijing tangguh pembukaan sekolah

-

Beijing: Beijing menangguhk­an pembukaan semula sekolah selepas kemunculan kes jangkitan baharu Covid-19.

Jurucakap kerajaan bandar Xu Hejian berkata, kerajaan terpaksa menangguhk­an keputusan menyambung semula sesi pembelajar­an secara bersemuka di sekolah.

“Kebanyakan pelajar sekolah rendah dan menengah akan terus belajar secara dalam talian di rumah mulai Isnin,” katanya pada sesi taklimat media, semalam.

Sementara itu, pegawai kesihatan perbandara­n, Liu Xiaofeng berkata, sebanyak 115 kes dikaitkan dengan kluster bar setakat ini.

“Wabak baharu itu pada peringkat yang pesat membangun dan berisiko tinggi untuk merebak,” katanya pada taklimat berkenaan.

Pihak berkuasa di Beijing mengurangk­an puluhan jangkitan yang dikaitkan dengan bar menyebabka­n kerajaan mengetatka­n lagi beberapa sekatan lagi.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan membenarka­n murid lebih muda ke sekolah secara berperingk­at, mulai minggu depan.

Data Suruhanjay­a Kesihatan Kebangsaan merekodkan, China merekodkan 138 jangkitan domestik pada semalam termasuk 61 di Beijing dan 16 di Shanghai.

Sementara itu, lebih 20 juta orang di Shanghai melaksanak­an ujian besar-besaran secara pandu lalu kelmarin yang menurut kerajaan tempatan akan berlangsun­g di bawah keadaan penutupan sementara.

Langkah itu dibuat kurang daripada dua minggu selepas hab ekonomi timur itu melonggark­an sekatan ketat hingga mengakibat­kan kekurangan makanan dan rusuhan kecil-kecilan daripada penduduk yang marah.

 ?? ?? ORANG ramai menyaksika­n walrus iaitu mamalia seperti anjing laut di kawasan teluk di Skaldervik­en di barat daya Sweden.
ORANG ramai menyaksika­n walrus iaitu mamalia seperti anjing laut di kawasan teluk di Skaldervik­en di barat daya Sweden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia